FAREWALL.-28 JANUARI 2012-9.30AM-
Pejam celik pejam celik da 4 tahun lebih berada di USIM,
terasa mcm semalam jer daftar Tamhidi..tu la kejap jer masa berlalu kan….time
Tamhidi dulu berangan2 nk jadi final year student, x sabar2 nk hbskan pengajian
la kononya, tp dah final year student ni setiap masa yg dilalui amat berharga
kerana nak mengumpul sebanyak mungkin memori bersama2 kawan. Betul la kata org
time blaja la saat plg indah n seronok, byk sgt memori+pengalaman yang dilalui
bersama kawan2.
Aku sangat2 bersyukur sepanjang perjalananku di USIM, ALLAH
telah mengurniakan aku sahabat2 yang baik sekali, berkongsi susah senang
bersama, merima kelemahan dan kelebihan diri msg2, saling bertolak-ansur dan
jujur...aku sangat2 bersyukur pd-MU ya Allah..-ALHAMDULILLAH-.
Selepas majlis makan malam bakal graduan FEM di hotel Palma
semalam, kami pulang ke KKDJ dan aku dengan satu matlamat mencari suatu tempat yg selesa utk merebahkan
diri setelah penat makan dan bergambar. ..huhu.
Seingatku, pada malam tu semua balik terus tidur kot, x sempat nak
berbual2 ataupun tgk gambar majlis makan
malam tadi. Pada mulanya semua bersepakat utk ke PullMan di Putrajaya kerana
itulah malam terakhir kami bersama kerana selepas ini msg2 akan berpisah utk menjalani
latihan industry, tetapi kerana kami sampai di KKDJ pun da pukul 1 pagi, mata
msg2 pun dah kuyu..so, cancel la. Pada keesokan paginya, semua bgn awal tuk
kemas brg msg2 utk pulang ke kampong dan ‘clearkan’ KKDJ. Semasa duk kemas2 pun sempat lagi berkumpul
transfer gambar majlis makan mlm semalam.
Suasana ceria sekali dengan diselangi gelak ketawa….(0..0)
Pada hari tu, k.da n cah yang plg awal kene bertolak pulang
sebab mereka nak hntar kereta kat Gombak n then naik bas kat sana. So, pagi ni
konon2 nak g breakfast kali terakhir la sebelum berpisah. Seperti biasa kalau
nak makan mesti lama pikir nk makan kat mane, tup tup Mama Café jugak tmpatnye.
Lama x makan ns kukus Mama selepas kene pindah KKDJ, time duk Akasia tiap2 hari
ns kukus la menjadi pilihanku sbb malas nk pikir makanan lain. Kitorang semua
makan cepat2 sbb k.da n cah da terlmbat dan k.tim n k.cuna puler nk p cari
tiket tuk pulang mlm tu. Lepas bayar2 semua sempat lagi bergambar bersama kali
terakhir sblm berpraktikal. Maka bermulalah drama airmata..hehe…nasib baik time
tu pagi lagi n x de org lg kat kedai Mama. Masing2 x dapat menahan sebak
setelah 4 tahun lebih bersama berkongsi cerita suka dan duka bergelar siswazah USIM termasuklah
diriku…time tu semua x leh cover mata msg2. Pada masa tu aku pikir mmg susah da
kalau nk gathering same2 lagi sbb msg2 akan sibuk dgn komitmen kehidupan msg2.
Tambahan pula, aku akan berpraktikal di Selangor, so jauh dari k.da,cah,k.tim,kak na, k.su n k.cun dimana dengan mereka inilah aku paling byk berkongsi cerita suka n
duka sejak dari tamhidi lagi. Banyak kenangan2 yang tercipta antara kami
sepanjang berada di USIM. Aku amat2 bersyukur pada ALLAH kerana mengelilingi
aku dengan sahabat2 yang senang berkongsi susah dan senang bersama. –Ukhuwah Fillah
Abadan Abada-
Family Jati |
*sebenarnya cerita ni da lama da tulis dan terperap kat draft je..x berkesempatan nak post..hehe..ni terasa macam rindu sgt diorang..=)..x sabar nk jumpa konvo natiii....
No comments:
Post a Comment