Versi Penuh :
Debat Isu Pemansuhan PTPTN - KJ vs Rafizi 22/5/2012
Versi Penuh Debat Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli. Debat Sinar Harian ini Telah Dilangsungkan di Karangkraf, Shah Alam Pada 22 Mei 2012.
Semalam aku hampir2 lupa ada 'rancangan' yang sgt menarik yang 'wajib' aku tonton iaitu Debat Isu Pemansuhan PTPTN yg mana menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia. Kesimpulan yang dapat dibuat setelah beberapa kali ulang tayang video ni adalah " nak seribu daya, x nak seribu dalih", kalau betul2 kerajaan nak bantu rakyat, dasar pendidikan percuma x mustahil boleh dilaksanakan selagi kerajaan berhemah dalam perbelanjaan. aku pernah terbaca satu artikel ttg Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi yang mana memberi pendidikan percuma untuk rakyat Libya semasa zaman pemerintahannya dan yang menariknya Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.-artikel penuh boleh klik link disini ( http://hafizamri.com/kebaikkan-pemimpun-muammar-muhammad-al-qaddafi/ ). Pimpinan seperti inilah yang betul2 sesuai dengan pepatah PM kita " Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Satu lagi aku sangat suka tang persoalan Rafizi " kenapa bilis kita tekan2kan dan senarai hitam tetapi jerung kenyang dan terlepas". renung2kan...Sebagai pemimjam PTPTN, kami bukan x nak bayar hutang kami, cuma kami minta hapuskan 'interest' yang dikenakan. Walauapapun, dalam Islam, hutang WAJIB dibayar.
Sebagaimana Rasulullah S.A.W turut memberi ingatan bahawa jika seseorang itu meninggal dunia, sedangkan dia masih berhutang, dosanya tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.Nauzubillah min zalik.
*Harapanku agar pendebatan ini dapat membuahkan satu keputusan positif dan tindakan susulan dari pihak yang bertanggungjawab. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment