KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT by Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.
Di manakah kesilapan
penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu
adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung
tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung
tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung
tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan
mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung
tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung
tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan
sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung
tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari
ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung
tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher,
tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka
bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama
sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu
melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT
DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung),
iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang
disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada
yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajib
menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher,
sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara
yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr Yusof
Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa
saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan
asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian,
perhiasan, make-up dan sebagainya.
Dalam ayat di atas Allah
memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan
tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan
pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian
berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi
seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu
adalah : celak dan cincin.
Yang berpendapat seperti ini
ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita,
bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan
kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti
Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.
Bagaimanapun Ummul Mukminin
Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang
boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan
tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari
pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari
mendedahkannya.
Menurut Syeikh Al-Qaradawi
juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh
perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi
serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik,
yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan
sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian
laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.
Namun, kiranya sesempurna
mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan
perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga
meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini.
Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat
dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.
"Dan hendaknya mereka itu
tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau
ayahnya." (an-Nur: 31)
Kesemua jenis berpakaian yang
disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan
ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras
membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya:
perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher
(rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang
kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya
boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk
dinampakkan.
Amat jelas dari dalil al-Quran
dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang
membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah
pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat
yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari
ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa
cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang
kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung
kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan
maksiat,
rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh
masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu
tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian,
karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada
hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka
dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat
memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini.
( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
‘Bukhtun' adalah salah satu
macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang
perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini,
seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini
diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon
kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon
seperti ini
Larangan Nipis
Saidatina Aisyah r.a
meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi
dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW
berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya
seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut
diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka
dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah
dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat
muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan
bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat,
selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah
halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)
KESALAHAN KESEMBILAN :
Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah
Hadith :-
يرحم الله المتسرولات
Ertinya : Allah sentiasa
merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)
(Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043;
Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith
ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga
terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW
memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai
seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas.
( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga,
bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di
sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum
Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna
penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi
dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai
buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas
dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak
tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan
lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu
sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman
Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan
perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada
penyakit." (al-Ahzab: 32)
No comments:
Post a Comment