Thursday, September 1, 2011

sElamAt hARi RaYa AidiLfiTri



Bismillahirrahmanirrahim....

Selamat menyambut Hari Raya AidilFitri buat semua saudara2ku di seluruh pelusuk dunia..buat warga Malaysia Selamat Hari Merdeka + Selamat menyambut hari Malaysia...:)...Syukur Alhamdulillah kita masih lagi dikurniakan nikmat usia utk menyambut "Hari2" yg bahagia ini. Buat diriku dan family, raya tahun ni disambut sederhana tp agak meriah sbb tidak pulang ke kampung...seperti biasa selepas selesai sembahyang raya, kami sekeluarga akan menziarah pusara ayahanda tercinta...kemudian makan bersama family...pastu bermulalah aktiviti ziarah2..huhu..tp raya pertama tahun ni aku x berziarah sgt sbb kepenatan...raya ke-2 barulah plan2 nk p jalan2 umah shbat handai...raya org 'tua' sekarang mane la nk bez jika nk dibandngkan dgn kanak2....sesungguhnya aku ingin merasai suasana beraya di kampung yang indah nan permai..huhu...
ok la..nak bersiap2 nk p raye daaa ni...SELAMAT HARI RAYA+MAAF ZAHIR & BATIN...

selamat hari raya aidilfitri 2011




SeLaMaT HaRi RaYa AidiLfitrI




Thursday, July 14, 2011

Trip Berinchang-Irau-Cameron Highland (PART 1)

RE.SUKAN 10/11

'Perjumpaan akan diadakan  di DKP2 pd pukul 5 ptg ni. Harap Maklum'..sms  dari en.Shah Joe (Exco RE) yg telah di'edit'kan. Perjumpaan pd ptg itu telah 'mencipta' program yg berjaya memahatkan memori indah pd setiap peserta…huhu…maka bermulalah kerjaan RE utk mencari  peserta2…urusan lain smua En.Shah (Exco ktrg plg rajim+macho) yg akan urus..huhu..Misi Pendakian Gunung BERINCHANG.. walaupum dah lama berlalu, namun setiap detik yg telah berlalu akan mmbuat para peserta tersenyum sendirian jika mengenangkan kembali ketika bersama..huhu..program ini mmg berjaya mengeratkan 'ukhuwah' sesama peserta.


sign board ni kat camp site
 "pencawang"
gunung berinchang
Info:Gunung Brinchang adalah gunung yg ke2 tertinggi kat Pahang selepas Gunung Irau dengan ketinggian 2000m.For more detail rajim2kan refer kat http://j-travel.blogspot.com/2009/11/mount-gunung-brinchang-lookout-tower.html, http://www.cameronhighland.net/gunung-brinchang.htm, http://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/index.htm 



Masa  perjumpaan ptg  tu  mcm excited sgt bila en.shah nk buat program ini sbb dah lama aku nak merasai berkhemah dlm hutan…masa kat sekolah rendah & menengah aku tidak berpeluang sbb aku hanya aktif sukan..tambahan pula sekolah agama tiada sukan or program lasak..inilah peluang yg di tunggu2..huhu…pd thn 2009 aku join trip senior panjat gunung angsi hanya satu hari, tidak bermalam dipuncak…juz dpt experience panjat gunung je la..tiada experience bermalam dlm khemah..huhu..

Puncak Gunung Berinchang..:)

Program ini collaboration antara MPP & BTN dan En.Sabri MJ ( pembantu setia En.Shah)…huhu….sebelum bertolak, En.Shaiful (wakil BTN) datang utk beri sedikit taklimat sepanjang pendakian Berinchang  dan ape yg perlu dibawa & x perlu dibawa..kat bwh ni tentatif ringkas program ni:


21.10.10 :@10pm Berkumpul dikampus utk pembahagian grup &brg+ration….@12 lebih bertolak dr kampus.
22.10.10:@4am sampai kat pekan berinchang (solat subuh+breakfast+packing2 brg+warming up+taklimat)
                @10am memulakan perjalanan menuju ke kaki gunung berinchang
                @1pm tiba di camp site Gunung Berinchang (berehat+makan+gameshow)
                @5pm menuju ke tmpt perkhemahan (psg khemah+solat+siap2 nak mkn)
                @9pm(makan+tidur)
23.10.10:@5a.m (solat subuh+siap2 nk breakfast)
                @9am(warming up+taklimat+pendakian ke Puncak Irau)
                @11am(tiba puncak botak+berehat+minum & chit chat)
                @11.30am (sampai ke puncak Irau)
                @12.30pm( turun ke camp site)
                @4pm(da sampai kat khemah+ready for solat & makan)
                @9pm(makan+gameshow+aktiviti  bebas)
24.10.10:@5am (solat+ready breakfast+packing brg & khemah)
                @10.30pm(bertolak turun ke pekan berinchang melalui ladang2 teh)
                @2pm(bertolak ke USIM)
                @11pm(sampai kat kolej kediaman msg2)

Nantikan kisah2 & gambar suka+duka+komedi sepanjang pendakian dalam PART 2...:)

geng gunung berinchang USIM
"tERcipTA mEm0ri+tErpahAt diFikiraN+seNtiasa diHati"
i Will nEveR fOrget ForEver



*semua gambar adalah hak cipta terpelihara*
credit to our photographer Hazimin+mZe+Hafiz+SyAm+Tirah+AiNa+Zeti


Friday, July 8, 2011

PERGERAKAN GUNUNG-GANANG-HARUN YAHYA


Bismillahirrahmanirrahim...


Al-Qur'an telah menjelaskan fungsi geologi gunung-gunung yang sangat penting.
Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk. (Surah al-Anbiya; 31)
Seperti yang telah kita lihat, dalam ayat di atas bahawa gunung-gunung mempunyai fungsi untuk mengelakkan gegaran pada bumi.
Fakta ini tidak diketahui oleh sesiapapun ketika Al-Qur'an diturunkan. Ianya menjadi satu fakta yang hanya diketahui hari ini selepas penemuan dalam bidang geologi moden.
Berdasarkan kepada penemuan ini, gunung ganang telah timbul sebagai hasil pergerakan dan perlanggaran lapisan besar yang membentuk kerak bumi, apabila dua lapisan bertembung, rempuhan lapisan yang kuat akan tergelongsor di bawah lapisan yang satu lagi yang terangkat ke atas, yang mana seterusnya melengkung dan membentuk kawasan tinggi dan gunung-ganang. Lapisan bawah itu akan terus ke dasar bumi dan membentuk ketegangan di bahagian bawah. Ini bermakna pergunungan mempunyai bahagian yang memanjang ke bawah, sama besar dengan bahagian atasnya yang menonjol keluar ke atas permukaan bumi.
Dalam sebuah teks saintifik, struktur gunung-ganang diterangkan seperti berikut.
Di kawasan benua lebih tebal, di perbanjaran gunung, kerak lebih jauh ke dasar mantel.
Di dalam Al-Qur'an peranan gunung ganang itu dibandingan dengan 'pasak'.
Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pasak?. (Surah an-Naba; 6-7)
Gunung ganang dalam erti kata lain, mengenggam lapisan pada kerak bumi bersama-sama melalui satu 'pancang' yang memanjang dari atas ke bawah permukaan bumi sekaligus menghubungkan semua lapisan-lapisan di dalam bumi ini. Melalui cara ini, ianya menetapkan kedudukan kerak bumi dan menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung bersama-sama dengan lapisan lain. Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama.
Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusateraan saintifik dengan istilah "isostasy".Definisi isostasy;
Keseimbangan umum kerak bumi yang dikekalkan oleh satu kandungan material batu-batan di bawah permukaan di bawah tekanan graviti.
Peranan penting gunung-ganang ini adalah penemuan hasil kajian dalam bidang geologi moden dan kajian gempa bumi, sebenarnya telah dijelaskan dalam Al-Qur'an berabad lalu sebagai lambang kebijaksanaan Tuhan. Dalam ayat lain Al-Qur'an menyebut;
dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu… (Surah Luqman;10)

PERGERAKAN GUNUNG-GANANG

Dalam sebaris ayat, kita telah dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan.
Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan.Surah an-Naml;88.
Pergerakan gunung-ganang ini adalah disebabkan oleh gerakan dalam kerak bumi di mana ia terletak. Kerak bumi 'terapung' di atas lapisan mantel, yang lebih padat. Pada awal kurun ke 20, pertama kali dalam sejarah apabila seorang saintis jerman bermana Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang berbeza-beza, dan akhirnya terpisah ketika bergerak menjauhi antara satu sama lain.
Pakar geologi baru hari ini menyedari bahawa Wegener sebenarnya adalah benar ketika mengemukakan fakta ini pada tahun 1980 an, 50 tahun selepas kematiannya. Seperti yang dinyatakan oleh Wegener dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1915, daratan bumi terbentuk dalam satu gugusan daratan 500 juta tahun lalu, dan daratan besar ini yang dipanggil Pangaea, terletak di kutub selatan.
Melalui anggaran, 80 juta tahun lalu, Pangaea terbahagi kepada dua bahagian yang hanyut dalam arah yang berbeza. Satu dari benua gergasi ini ialah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Bahagian yang satu lagi dipanggil Laurasia yang meliputi Eropah, Amerika utara dan Asia kecuali India. Lebih dari 150 juta tahun selepas pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia berpecah kepada bahagian yang lebih kecil.
Semua benua ini yang timbul selepas penghayutan dataran Pangaea, bergerak secara konstan di permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun, pada masa yang sama menyebabkan perubahan keseimbangan laut dan darat di bumi.
Ditemui sebagai satu hasil kajian geologikal yang dijalankan pada awal abad ke 20, pergerakan kerak bumi ini dijelaskan oleh saintis sebagai berikut;
Kerak dan bahagian atas mantel, dengan ketebalan hampir 100 kilometer, terbahagi kepada beberapa segmen dipanggil daratan. Terdapat enam daratan besar dan beberapa daratan kecil. Berdasarkan kepada teori dipangil 'tektonik daratan', daratan ini bergerak berpusing permukaan bumi, dengan membawa benua-benua dan lantai lautan bersamanya….pergerakan benua telah disukat pada kadar 1-5 sentimeter per tahun. Pergerakan daratan yang berterusan ini akan mengubah sedikit demi sedikit kedudukan geografi dunia. Setiap tahun, sebagai contoh, lautan Atlantik menjadi sedikit lebih luas.
Di sana harus dinyatakan beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai satu gerakan 'penghanyutan' dalam ayat tersebut. Hari ini, saintis moden juga menggunakan istilah "hanyutan benua' untuk fenomena ini.
Suatu yang tidak diragui ialah satu dari keajaiban Al-Qur'an ialah fakta saintifik ini yang baru diketahui baru-baru ini melalui bidang sains, telah pun dikhabarkan dalam Al-Qur'an.


KEAJAIBAN DALAM BESI

Besi adalah satu unsur yang disebutkan dalam Al-Qur'an dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi, kita dikhabarkan;
....Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia....Surah al-Hadid;25.
Perkataan 'diturunkan' khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas difikirkan mempunyai satu pengertian metaforik untuk menerangkan bahawa besi diberikan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud 'secara fizikal diturunkan dari luar angkasa', kita menyedari bahawa ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan.
Ini adalah kerana penemuan astronomi moden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa.
Unsur-unsur berat dalam alam semesta adalah dihasilkan di dalam nuklid bintang besar. Sistem solar kita, bagaimanapun, tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan dalam bintang yang lebih besar daripada matahari, di mana suhu mencecah beratus juta darjah. Apabila amaun besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak dapat lagi menampungnya, dan akhirnya ia meletup dalam satu letupan yang dipanggil 'nova' atau 'supernova'. Sebagai satu hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta, dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala.
Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dihasilkan di dalam bumi, tetapi dibawa dari bintang-bintang yang meletup dalam angkasa melalui meteor, dan telah 'diturunkan ke dalam bumi'. Dalam cara yang persis dengan apa yang dinyatakan dalam ayat; ianya jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara saintifik dalam abad ke, ketika Al-Qur'an diwahyukan.
 
p/s: sumber http://www.harunyahya.com/malaysian/keajaiban02.php
*post ni utk "merajinkan" diri ku tuk buat entry pasal memori bersama saim2 mendaki gunung..huhuhu..:)

Tuesday, July 5, 2011

RE '10/11

Aku secara x sengaja terbaca iklan MPP 2010/2011 mencari rakan exco baru, tiba2 mcm terdetik dalam hati ini utk mencuba berada dalam organisasi mpp..huhu…matlamat utama aku adalah nak belajar mcm mana nak organize sesuatu program dibwh HEP USIM n mcm mana procedure2 kalau nk buat pape event kat USIM..bagi aku 'EXPERIENCE' sgt penting kalau kita hendak menjadi org berjaya..so, aku try ajak skali tirah & 'geng' (k.da, k.na, k.tim, cah, k.su, mai, nana, qilah) ) utk join ramai2..hehe..kalau ade kwn leh la buat kerja same2..aku n tirah decide nk pilih sbg rkn exco sukan sbb minat kami kearah sukan..kalau pk2 pum mcm exco sukan ni mcm x de la bz sgt..hehe..tp 'macam' je la..

Pada suatu hari, kami semua perlu dtg tuk intebiu dlm bilik MPP…seingat aku dari pg smpai mlm kitorang ade kelas, so mula2 kitorg decide da x nak pergi intebiu tersebut…tp takdir nak jgk kitrg jadi RE (rkn exco), kelas mlm dibatalkan sbb ape pom da x ingat da…pada malam tu la kitorang yg plg kalut kot nk pegi intebiu tu, masa decide nk pegi intebiu tu da pukul 10mlm da, bas pom da x de…kalut nak mncari transport sbb ktrg ramai..nasib la k.ijat dtg mlm tu kat akasia..so leh la pnjm kete dia..mlm tu tirah yg bwk kete n sampai da kul 10 lebih..sesi intebiu pum mcm da nak tamat..tp nsb baik ade jgk exco mpp tu kwn kitorang…kitorang berlima kene intebiu sekali sbb da lewat sgt da..hehe…


sesi interview beramai2..huhu


Kitorang selesai intebiu dlm pukul 11 lebih…semua telah selesai…huhu..selang beberapa hari kitorang dpt tahu yg ktrg terpilih sbb ramai x dtg intebiu pom…pada sebelah malam ada sesi suai kenal exco masing2…aku,tirah & qilah jd RE sukan dpt exco plg bez lg sempoi..hehe..shah joe & azly azqiel..huhu….nantikan memori ber'program' sbg RE..-bersambung-

Saturday, April 9, 2011

Final EXAM is aroud da Corner!!!!

   FINAL EXAM IS AROUND THE CORNER BUT I'M STILL RELAX...HUHUHU...





BEfoRE FINAL KENE BERJUANG TUK MUET DULU....WAWA...YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN HAMBA-MU INI...TIME NAK SPEAKIM GAK MESTI NERVOUS....PELIK SUMGUH LAH PADAHAL 2 MINIT JAH...HAIH....KALI NI AKU MOHOM LEPAS...DON`T WANT DAH AMBIK EXAM YG SAMA & X SE DAH DUK USIM...HUHUHU....


AKU DOAKAN GAK TUK ALL MY FRENZ LEPAS MUET KALI NI...INSYALLAH KITA SEMUA BOLEH DGN IZIN-NYA...:)
GUD LUX & ALL THE BEZ FOR MUET + FINAL EXAM!!!














Thursday, April 7, 2011

-kasih seorang insan mulia "IBU"-

Assalamualaikum,

Kasih seorang ibu!


Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin
itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang
jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.
Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup
wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada
dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak
sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat
bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti
sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun
mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup
mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga
itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu
bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya
kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang
pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si
anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-
kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada
penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari
penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata
si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok,
bagaimanapun
dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak
menjawat
jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma
telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma
itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda
ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping
telinga
ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke
telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia
tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang
pernah
ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."



Ps :

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta
sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi
pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa
minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan
bermasam
muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK
KAKI
IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,
curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'

Sumber : Forum cari