Friday, April 6, 2012

-SWEET REMINDER-


Azan sedang berkumandang.
"Ah...jap lagilah solat. Nak abeskan baca facebook dulu".
Bebola mataku yang sebelum ini berwarna tahi cicak, hitam putih beransur-ansur bertukar menjadi bebola api. Merahnya begitu menyengat.
"Aduhhhhh...Sakitnya mata. Lenguhnya tengkuk. Lah...patutlah dah kul 4 petang. Tak sedar plak dah lama main facebook".
Dan aku pun menunaikan solat Zohor tanpa nafsu sebagai hamba. Sekadar tonggang tonggek dan memberi salam kiri kanan. Bagai kilat menyambar begitulah kepantasan aku solat dengan doa yang paling pendek. Kadang-kadang tak doa pun.
Aku minta apa dalam doa pun aku tak tahu. Cuma mulut aku terkumat kamit membaca karangan Bahasa Arab. Jasadku di atas sejadah. Roh, jiwa dan fikiranku terbang menggapai langit-langit yang indah. "Oh! Ada awek cun add aku tadi. Jap lagi nak usha facebook dialah".
Semangatnya aku.
Aku ulangi tabiat yang sangat baik ini setiap hari. Berjam-jam lamanya aku di dunia internet. Macam-macam yang aku layari. Orang kata nak jelajah dunia kena belayar di laut. Aku jelajah dunia dengan belayar di internet.
Aku puas.
HAMBA APAKAH AKU?
Dunia internet. Facebook. Twitter. Blog. Agaknya ada lagi yang lebih penting daripada Allah?
Kita ini hamba. Hamba kepada Tuan yang sangat besar kuasa-Nya. Sangat tinggi kasih sayang-Nya. Dengan hanya sedikit limpahan rahmat-Nya dimasukkan ke dalam dada semua hamba-Nya. Kita mampu pula berkasih sayang sesama kita.
Mampu menghubungi antara satu sama lain dengan nikmat internet yang diberi Allah.
Dia yang mencipta kita. Untuk apa?

Semata-mata hanya untuk beribadat kepada Allah. Alah mencipta dunia dan segenap perhiasannya untuk dijadikan medan tarbiyyah buat kita. Ibarat mencipta akhirat untuk tempat penghisaban amalan dan mencipta pula neraka dan syurga sebagai tempat balasan kita. Ia tempat yang kekal abadi. Yang tidak ada kematian lagi. Ia tempat terakhir perjalanan roh.
Berfacebook, berchatting dan bermain game adakah suatu ibadat untuk kita persembahkan kepada Allah?Adakah dengan komponen-komponen di dalam aktiviti ini mampu menjadi batu asas binaan mahligai di syurga kelak?
Oh! Di mana nilai kita sebagai seorang hamba di mata Allah? Tidakkah kita risau?
Seorang hamba itu hidupnya tidak dihiasi dengan bermaksiat. Hatta "bermaksiat" dengan waktu. Hatinya seringkali diservis untuk perjalanan yang jauh menuju ke padang mahsyar. Dia telah bersiap siaga dengan bekalan amalan di dunia.
Tidak ada perintah yang lebih dijunjung oleh seorang hamba Allah itu melainkan perintah Allah.
Dia merdeka daripada keterikatan kepada makhluk, hawa nafsu dan kebendaan. Kebergantungannya hanya kepada Allah yang semakin hari semakin kuat, sehingga ia mampu hidup berdikari dan tidak mengharap ihsan orang lain.
Cukuplah Allah sebagai penghibur hatinya. Bukan internet. Bukan game. Bukan Facebook. Bukan movie Korea. Bukan chatting.
Itulah nilai seorang hamba Allah. Makin hari makin sayang dengan Allah. Makin hari makin tenang dalam dakapan kasih sayang Allah.
Seperti dalam firman Allah SWT dalam surah as-syams, manusia itu dikurniakan dua pilihan jalan, jalan KETAQWAAN  dan jalan kefasikan. Beruntunglah yang memilih jalan ketaqwaan dan merugilah yang memilih jalan kefasikan.
sources: - Artikel iluvislam.com. Sementara menunggu kawan2ku siapkan task masing2,terbaca pula artikel ni..macam bez jer, good reminder tuk kita sebagai hamba yang selalu lalai dan leka dgn urusan dunia. Artikel diatas hasil nukilan Nur Na'imah Bte Amarudin adalah Mahasiswi Perubatan UKM. Baliau antara penulis web iluvislam.com dan juga Kolumnis Majalah ar-Razi (muslimdoktor) serta Kolumnis Majalah Era Muslimah (suara kampus). Layari blog beliau di http://muslimdoktor.blogspot.com. Terima kasih penulis!

Tuesday, March 13, 2012

Kisah Menarik Bagaimana Pakar Anatomi Thailand Memeluk Islam


 

”Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (QS. An-Nisa: 56)
Bagi sebahagian besar umat Islam, ayat di atas terdengar seperti ayat-ayat serupa dalam Al-Quran yang menjelaskan pedihnya siksa neraka bagi orang-orang yang tidak beriman. Namun tidak demikian bagi Tagatat Tejasen, seorang saintis Thailand di bidang anatomi. Baginya, ayat itu adalah sebuah keajaiban.
Persidangan Perubatan Saudi ke-6 di Jeddah yang diikuti Tejasen pada Mac 1981 menjadi awal detik pertemuannya dengan keajaiban itu. Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, sejumlah ilmuan Muslim mendedahkan kepada Tejasen beberapa ayat Al-Quran yang berkaitan dengan anatomi.
Tejasen yang beragama Buddha kemudian mengatakan bahawa agamanya juga mempunyai bukti-bukti sama yang secara tepat menjelaskan tahap-tahap perkembangan embrio. Para ilmuan Islam yang ada ketika itu tertarik mempelajarinya dan meminta profesor yang berasal dari Thailand itu untuk menunjukkan ayat-ayat tersebut kepada mereka.
Setahun kemudian, pada bulan Mei 1982, Tejasen menghadiri persidangan perubatan yang sama di Dammam, Arab Saudi.
Apabila ditanya tentang ayat-ayat anatomi yang pernah dijanjikannya, Tejasen meminta maaf dan mengatakan bahawa ia telah menyampaikan kenyataan tersebut sebelum mempelajarinya. Ia telah memeriksa kitabnya, dan mendapati bahawa tidak ada rujukan di dalamnya yang dapat dijadikan bahan kajian.
Ia kemudian menerima cadangan para ilmuan Muslim untuk membaca sebuah makalah penelitian karya Keith Moore, seorang profesor bidang anatomi yang berasal dari Kanada.
Makalah itu berbicara tentang keserasian antara embriologi moden dengan apa yang disebutkan dalam Al-Quran.
Tejasen tercengang saat membacanya. Sebagai saintis di bidang anatomi, ia menguasai dermatologi (ilmu tentang kulit).
Dalam tinjauan anatomi, lapisan kulit manusia terdiri daripada tiga lapisan yakni Epidermis, Dermis, dan Sub Cutis. Pada lapisan yang terakhirlah, Sub Cutis, terdapat hujung-hujung pembuluh darah dan saraf.
Penemuan moden di bidang anatomi telah mendedahkan bahawa luka bakar yang terlalu dalam akan mematikan saraf-saraf yang menetapkan sensasi.
Saat terjadi Combustio grade III (luka bakar yang telah menembus Sub Cutis), seseorang tidak akan merasakan sakit. Hal itu disebabkan tidak berfungsi hujung-hujung serabut saraf afferent dan efferent pengatur sensasi yang rosak oleh luka bakar tersebut.
Makalah itu tidak saja menunjukkan kejayaan teknologi perubatan dan perkembangan ilmu anatomi, namun juga membuktikan kebenaran Al-Quran.
Ayat 56 surah An-Nisa ‘mengatakan bahawa Allah akan memasukkan orang-orang kafir ke dalam neraka, dan menukar kulit mereka dengan kulit yang baru setiap kali kulit itu hangus terbakar, agar mereka merasakan pedihnya azab Allah.
Jantung Tejasen berdebar. “Bagaimana mungkin Al-Quran yang diturunkan 14 abad yang lalu telah mengetahui fakta perubatan ini?”
Sebelum berjaya mengatasi kejutan tersebut, Tejasen dilempari soalan oleh para ilmuan Muslim yang mendampinginya, “Mungkinkah ayat Al-Quran ini berpunca dari manusia?”
Ketua Jurusan Anatomi Universiti Chiang Mai Thailand itu sentak menjawab, “Tidak, kitab itu tidak mungkin berasal dari manusia. Ia kemudian termangu dan meneruskan respondnya, “Lalu dari mana kiranya Muhammad menerimanya?”
Mereka memberitahu Tejasen bahawa Tuhan itu adalah Allah, yang membuat Tejasen semakin ingin tahu. “Lalu, siapakah Allah itu?” soalnya.
Dari para ilmuan Muslim tersebut, Tejasen mendapatkan keterangan tentang Allah, Sang Pencipta yang dari-Nya berpunca segala kebenaran dan kesempurnaan. Dan Tejasen tak membantah semua jawapan yang diterimanya. Ia menerimanya.
Profesor yang pernah menjadi dekan Fakulti Perubatan Universiti Chiang Mai lalu itu kembali semula ke negaranya, tempat ia menyampaikan sejumlah kuliah tentang pengetahuan dan penemuan barunya itu.
Maklumat yang dikutip oleh laman special.worlofislam.info menyebutkan bahawa kuliah-kuliah profesor yang masih beragama Buddha itu, di luar dugaan, telah mengislamkan lima mahasiswanya.
Hingga akhirnya, pada Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh, Tejasen kembali hadir dan mengikuti siri pidato tentang bukti-bukti Quran yang berkaitan dengan ilmu perubatan.
Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, Tejasen banyak membincangkan dalil-dalil tersebut bersama para sarjana Islam dan bukan Islam.
Di akhir persidangan, 3 November 1983, Tejasen maju dan berdiri di podium. Di hadapan semua peserta persidangan, ia menceritakan detik awal minatnya pada Al-Quran, juga kekagumannya pada makalah Keith Moore yang membuatnya meyakini kebenaran Islam.
“Segala yang terakam dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu pastilah kebenaran, yang boleh dibuktikan oleh sains. Nabi Muhammad yang tidak boleh membaca dan menulis pastilah menerimanya sebagai cahaya yang diwahyukan oleh Yang Maha Pencipta, “katanya. Tejasen lalu menutup pidatonya dengan mengucap dua kalimah syahadat.
(Sumber: Republika.Co.Id)



Tuesday, February 21, 2012

~Apabila Bergelar Cikgu Tadika~

Setelah 4 hari "home sweet home"...aku terpaksa akur pulang ke bumi Nilai untuk majlis makan malam bakal graduan thn 4 FEM...terasa berat sekali hati ini meninggalkan my mom :(...tapi apakan daya kena tabahkan juga hati ini untuk mencari pengalaman bak lagu amir screen.."pengalaman mendewasakan n mematangkan fikiran"..huhu... Selepas majlis "dinner" aku telah berjanji utk teman n bersama2  k.na jadi cikgu ganti kat sebuah taska di sungai buloh...berdekatan nga umah abang long k.na....x pernah terlintas langsung dlm fikiran ku tuk menjadi cikgu..huhu...ingat lagi kata2 my mom yg aku x sesuai tuk jadi cikgu sbb garang sgt..hehe..nnti menangis anak orang.... :D.
So, lepas selesai majlis dinner maka berangkatlah aku ke "bamboo river" utk memulakan tugas...mybe 3 minggu gak rase akan menggantikan cikgu ida sbb dia kene p kursus....aku n k.na kene menetap kat taska tersebut utk memudahkan kami belajar ape tugas kami....lagipun masuk kerja 6.30PAGI...huhu...aku mohon pada Allah agar aku dpt menkonsisten badan utk sentiasa cergas..bayangkan 6.30 pagi  da masuk kerja...pukul berapa agak2 ye kene bangkit..huhu...so sekarang ni mmg betul2 persediaan tuk alam pekerjaan nanti...memang da terlintas da kebosanan alam pekerjaan nnti..huhu...time belajar dulu x leh ade gap kelas sket...cabut balik kolej ape lagi zzzzz..huhu...kalau da keje x de da peluang mcm  time blaja dulu2..;(

"Anak-anak Taska Sri Neqqad"

Hari pertama...rasa mcm x sabar sgt nak tengok anak2 murid cikgu ...heee...pukul 5pagi da bangkit...hehe..fuhhh sangat2 awal kot...mcm x percayaaaa...selepas solat subuh lebih kurang 6.30pg aku pun turun bawah tgk apa yg patut aku buat...masa turun tu aku terkejut da ade parent yg dah hantar anaknye...awalnyerrrr...si anak pum msh dalam mamai lagi...kat luar sana pum masih gelap gelita lagi...mmg macam ni la agaknye kalau parent yg bekerjaya...tiba2 mcm rase sedih pula tgk nasib anak2 sekarang...pagi2 lagi da kene bgn n berpisah ngn parent....aku sgt2 bersyukur zaman kanak2 aku sgt2 lah seronok...sentiasa berkepit ngan abah n ma..huhu...pastu cekti (tukang msk kt sini) memberitahuku supaya memandikan kanak2 yg x mandi lagi....kat sini ade 3 level....iaitu baby, kanak2 taska (2-3thn) dan kanak2 tadika (4-6thn)...pukul 8 pagi semua murid2 tadika da sampai...so, aku n k.na kena conduct mereka...pukul 8 -9pagi kene bawa mereka kat luar (bhgn halaman taska) utk ambil wudhu' n baca doa...lepas tu bawa mereka masuk kelas tuk belajar...lebih kurang 10.30 turun makan...dlm pukul 11-12 sambung belajar n pulang...ok la..ade keje sket...nnti ade masa aku smbg balik cite bersama "anak-anakku" kat Taska Sri Neqqad..




Wednesday, January 25, 2012

-ReZeki bErziarah-

         Study week tuk last final ni aku decide x nak balik ke kb sbb nak get rest cukup2...terasa pendek sgt semester ni...x tahu la mase mana la aku study...(*.*)...semua teman2 ku pulang ke rumah msg2...maklumlah nak ambik restu ibubapa kat umah..hehe...sblm minggu study week tu da 2 kali aku berulang-alik ke kelantan sbb ade kenduri...lepas tu ade sukan fakulti..mmg penat sgt2....so time study week yg agak panjang (lbh kurang 2 mggu lebih kot) aku nak rest sepuas2nye....ramai yg agak pelik melihat ku ade di nilai time study week...mrk hairan mane x nye..kalau study week biasanya aku yg "bersungguh' nak balik...
Sunyi sgt kat level 9 Jati....smua pulang ke kampung halaman msg2...tiba k.syaz ajak TMA 1 member p ziarah madam Nathasa yg baru bersalin kat area Bangi...tp hanye beberapa org je yg tinggal kat Nilai ni...dapat la satu kete k.syaz yg nk pi umah madam...
       Pagi tu aku turun ngn perut kosong sbb tibe2 pule s/u agung iceps7 nak mintak salinan surat2 keluar...tambah pula kekalutan nk submit esemen entrepreneur kalo x clap....dalam kul 11 kitorang gerak n 11.30 da smpai umh madam dgn bantuan GPS k.syaz..hehe........masa kitorang sampai baby madam sedang lena tidur....kitorang pun angkat msg2 berebut nak pegang..hehe..mase duk borak2 ngn madam..tibe pembantu rumah madam bwk pizza dominos tuk kitorang.....patutler masa kitorang sampai madam p dapur n make call...habis makan dominos td..sampai puler rambutan n oren sbg dessert...hehe...x rugi turun ngan perut kosong td ( bisik ku dlm hati)..huhu...selepas makan2 kitorang pun mnta izin nk undur diri sbb suami madam da nak balik mkn tghhari sblm p solat jumaat.....
         Trah ajak kitorang solat kat umah dia dulu sblm pulang Nilai...lepas solat n rehat2....k.syaz pun ajak p makan kat "red walk" sbb nak makan steamboat.....tp sayang seribu kali sayang x buka ag...ptg baru buka...so, kitorang tukar plan p Sup Urat Keting (UK) sbb kitorang x menjamah nasi lagi masa turun td.....breakfast ngn pizza ala2 western..huhu...
sampai kat UK tu kitorang ambik je lauk ala2 kampung pas tu makan ramai2...aku mmg da x bleh tahan kalau tgk ikan bakar tawar + budu + belacan..pergghhh...angoh n trah ambik 3 jenis sup..mmg makan besar la haritu..konon2 da last sem....lepas ni da x jumpa da...:(....sewaktu sedang menikmati hidangan aku mcm terperasan yg ade seseorang yg sedang memandang kearah ku...perempuan dalam linkungan 50an dari jauh memandangku..sesekali melemparkan senyuman....aku try screen kot2 kenal....tp mmg komfom+pasti aku x pernah jumpe kot "aunty" tu....besenye aku ni bukan jenis senang nak lupa orang... aku pun buat2 borak ngn diorang....

- khusyuk menikmati juadah sampai k.syaz snap gambar pun x sedar...huhu...dasyat ngguh..-


      Lepas tu "aunty" tu dtg kat belakang kitorang tuk bayar sate....tiba2 nana pun cakap macm pernah tgk la "aunty" ni.....tibe "aunty" tu terdengar...n lepas bayar "aunty" pun dtg kat tmpat kitorang...dia tanya kitorang ni student mane smua2....pastu angoh pun mencelah...ni "aunty" yg jual baju kat Pusat Komersial (PK)...pastu "aunty" tu pun mengiyakan...dalam ramai2 antara kitorang "aunty" kata dia mmg cam n kenal aku jer.....tp antara kitorang aku sorang jer yg x pernah n kenal "aunty" tu...hahaha......hairan vs pelik....pastu "aunty" tu borak2 sekejap ngn kitorang....mmg ramah n baik sgt "aunty" tu.....pastu "aunty" bgn p depan jap n dtg2 dengan selamba berkata " aunty da bayarkan tuk korang".....kitorang semua tercengang kot!!!!..(@.@)..
terharu+terkilan+bersyukur sgt2..."aunty" tu juz minta kitorang doakan dia semoga dimurahkan rezeki...SubhanAllah....Allah jua Yang Maha Merancang kebaikan buat hamba2Nya......selepas makan semua kitorang pun pulang ke Nilai....dalam perjalanan aku terfikir betapa Allah Maha Besar...bila2 masa je Dia boleh mengurniakan nikmat kepada sesiapa saje yang Dia mahu dan sebaliknya...;).. .: wallahualam:.


.: Kenangan Terindah di Puncak Gunung Batu Putih :.-Part2

MGambar2 kenangan ekspedisi ke gunung batu putih...check it out!!!!

-Disinilah da beginning tapak perkhemahan sebelum memulakan trek pendakian...best sangat2 dapat  gak melihat rutin  separuh hari kehidupan org asli...da bez experience buat ku terus bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang -
-Taklimat dari ketua guide 'encik uteh' sebelum memulakan trek pendakian-
-merentasi anak sungai yang pertama (kalo x silap sungai yu kot)...sejuk sgt  air nye...teruja + cuak kot mula2 jumpa sungai ni..air nya paras pinggang terr-
-- perasaan cuak kot mula2 nak turun dengan bebanan kat atas belakang...arusnya nampak je tenang tapi kekuatan mental n fizikal amatlah diperlukan tuk mengimbangkan diri...-
 
                                  

                                          
- semua bersemangat bila tgk kamera...huhu-
                                              
                                             
                                 
                                            
                  
                                          

                                          
                                    
                                         

                                                        
                                                                                     

                      

                      
                       
                  



        

*Trip ekspedisi ke Gunung Batu Putih memang sangat2 mencabar fizikal n mental...sebelum decide nak ikut trip mmg kami (kak na,zeti n mai) pikir byk33 kali....terima kasih kepada team Malaur ( Saleh, Nazim n Sabri) yang byk mambantu n memberi sokongan n semangat kepada kami tuk join trip ni... hanya kami ber-6 saje peserta dr USIM ...yg lain semuanya da pangkat 'otai' n kitorang baru nak belajar2 mendaki...sgt2 cuak..hehe...byk kali gak telefon 'ma' supaya mendoakan keselamatan ku..huhu...memang trip ni da lame tapi nak jugak "update" kan kat blog sebab kangen sngt nak hiking lagi tapi buat masa sekarang ni masa tidak mengizinkan lagi...(bz ngn praktikal)..:). ku ingin mengucapkan terima kasih kepada amalina (kak na) kerana mengizinkan aku megambil hasil kerja beliau (gambar + artikel)..:).
Terima kasih Ya Allah kerana mempermudahkan urusan kami dan mengurniakan kami pengalaman+kenangan yang begitu berharga dalam menikmati kebesaran ciptaan-MU.
-SubhanAllah walhamdulillah-
      

    *semua gambar adalah hak cipta terpelihara*

credit to our photographer Otai+pikah+Zeti+amalina



Tuesday, January 24, 2012

.: Kenangan Terindah di Puncak Gunung Batu Putih :.-Part 1-


Khamis – 11 march 2011
Selepas berhempas pulas menjawab quiz takaful,aku n member2 kelam kabut menyiapkan diri untuk ke UPM semata2 untuk menyertai trip pendakian ke gunung batu putih di bawah anjuran BTN..padahal dalam hati cuak giler..ye r..mane tak nye kalu diikutkan penerangan awal pasal gunung ni oleh sedara sabri ..ni adalah salah satu gunung yg mmg tough giler..salah satu gunung yang memepunyai trek yang hampir membunuh tambahan pula antara gunung yang kelapan tertinggi di malaysia yang mempunyai ketinggian 6993 ( 7 kaki lagi nk sampai 7000 tuu ) ~ hati da CUAK Maa... huhuhuu
So, bagi aku yang sangat lah beginner dlm bidang pergunungan nih, bila pikir nk join trip ke gunung batu putih nih, ade banyak rasa cuak ehehhe.. yer lah, baru je naik beberapa gunung and gunung2 yang dah di daki tuh sumer gunung2 yang sesuai utk beginner cam aku (rendah lah tuh :p)..
Semua peserta diminta berkumpul di dataran UPM (bersebelahan dengan asrama tun teja) dan taklimat ekpedisi di berikan…Kemudian kami semua bertolak ke Tapah kira2 jam 11.30 agaknya.. ( aku lupa nk check jam masa tuh)…Setibanya di RnR Tapah dalam kol 1.00 pagi, peserta2 diminta minum dan mengalas perut ala kadar, sebelum kami bergerak ke Kem Kuala Woh..dan tibanya kami di sana dalam kol 3.00 pagi.
Di Kem Kuala Woh, semua peserta sempat melelapkan mata seketika dibawah ground sheet ngan Fly yang telah siap di pasang oleh tok janggut hehe ada yang tidor di dlm kereta.. Ada jugak yang lebih suka berbaring di atas alas, di atas jalan sambil mengambil angin malam huhuhu ~ sejuk maa…

Jumaat 12 Mac 2011 – Hari pertama…. Trekking ke gua Azan
Bangun tido, masing2 bersiap ngan baju trekking, makan breakfast dan kami semua bergerak ke empangan tempat starting point ke Gunung Batu Putih…..selepas siap mengagihkan barang2 yang perlu dibawa mengikut kumpulan , kami mendengar sedikit taklimat perjalan kami ke gua azan....dan sebelum memulakan perjalan,en. Saiful selaku ketua program mengetuia bacaan doa ..dan Kami meninggalkan kawasan empangan di Kampung Kuala Woh di Tapah, Perak tepat jam 9.30 pagi. Trek yang kami lalui adalah bersebelahan dengan sebatang sungai yang airnya mengalir deras. Keadaan trek turun naik dan licin oleh hujan yang kerap turun kebelakangan ini.
40 minit kemudian kami berhenti. Seorang demi seorang menyeberangi sungai. Keadaan air sungai yang mengalir deras dan separas pinggang di beberapa tempat menyukarkan pergerakan. Silap langkah boleh membawa padah. Kami mengambil masa hamper setengah jam untuk ke seberang.
Keadaan trek kemudiannya adalah lebih sukar dan mencabar minda. Kami kemudiannya meniti batu-batu licin berhampirang jeram yang cantik tetapi merbahaya. Airnya mengalir deras dan dalam. Kadang-kala trek bertukar menjadi anak sungai yang lecek dan licin.
Trek yang kami hadapi juga bertambah curam. Terdapat banyak rumpun buluh yang tumbuh subur yang menyukarkan perjalanan. Kami terpaksa merangkak dan ada ketikanya meniarap untuk mengelakkan diri daripada buluh tumbang dan pokok-pokok buluh yang tumbuh menghalang laluan.
Pokok-pokok salak juga tumbuh subur di lereng bukit yang didaki. Keadaannya jauh lebih subur dari apa yang pernah saya temui di kebun-kebun. Ada yang sedang lebat berbuah tetapi hajat untuk menikmatinya tidak kesampaian. Tiada buah yang masak ranum untuk dimakan.
Setelah mendaki bukit pacak ~ yang memng terpacak pun (7 kali 8 guung datok~ letihhh huuu ~ kami berhenti rehat seketika, yg 1stly di caria adalh..mane botoll AIRrr huhuhu….setelah setengah jam berehat, Kami meneruskan pendakian. Keadaan trek tidak banyak berubah. Licin, curam dan ditumbuhi banyak buluh dan salak. Keadaan ini hampir berlarutan selama 2 jam. Tiada pendaki lain yang kami temui. Hanya kami yang seramai tujuh belas orang mengharungi denai hutan yang sunyi seolah-olah tanpa penghuni.
Hujan renyai menemani perjalanan kami..lencun giler baju semua a ornag dan pada pukul 3 petang kami sampai di kem balak 1..1st time kitorng masak maggi dlm group..bru knl katakan..hehe melantak maggi dalm hujan sambil menghirup kopI.. fuhh sedak jgk erk..haha lapaaa punya pasal.. dalam kol 4 kitorang menerusakn perjalan ke gua azan..jalan dan terus berjalan meredahi hutan dalam hujan renyai2 yang entah bila tiba hujungnya..huuu sejukkknya x yah nk kata huuu ~ perjalanan ke gua azan adalah perjalanan menguji kesabaran sebab track nye naik turun naik turun naik dan turun.. sampai berapa kali ku pon dh tak pasti… sabar je la...akn ku gagahi jua untuk terus ke sana .
Pada pukul 6 petang kami tiba di destinasi hari pertama... yihAaaaa ...!!! akhirnya ~ lalala Kami mendaki bukit berbatu yang membentuk gua menjadi tempat penginapan kami.Gua Azan, begitulah nama yang diberi oleh segelintir pandaki yang pernah ke sini. Tempat ini sesuai dijadikan tempat bermalam kerana kering, terlindung dari hujan dan sinaran terik matahari. Keadaannya juga gelap dan dingin. Berhampiran kawasan ini juga ada sebatang anak sungai yang mengalir jernih. selepas dh lega berehat, kami pergi ke water source berdekatan utk membersihkan diri dan salin baju tidor and solat jamak asar + zohor.. terus smbung tuk solat maghrib…siap sedia masak semua( hari ni bdk laki group kitorng yg masak ~ hee seronoknye x yah mask haha ) kami semua makan malam sambil bercerita…selpas makkn nasik bedal biskut plk cicah air kopi.. sambil borak + mask nasik tuk esok ~ aku amik bhgn jg pndgr setia jah~ yg laim masing2 dok bercrita .. tapi ramai pulak kawan2 yg laim sudah tidor…tgl kitorng je dok borak2 .. ( serasi katakn hahaha) lepas dh berkemas, kami mencari lah tempat tidor masing2… isk isk… ku tidor tepiiiiiiiiii batu…. erkk erkk.. erkk.. sejukkssss…. sangat sejukk… rasanya malam tuh buat pertama kalinya ku tidur tak bergerak2 dan sopan jek …almaklumlah.. ku risau kalau ku silap gerak, ku terhantuk….. nak wat canner, tanah tak rata tp bgun kesokkan harinya kepala aku sakit..mmg sah samlm aku terhantuk hohoho nyenyak giler tido smpai kepala terhantuk pun x terasa hahaha
Dalam jam 6 pagi, ku bangun tuk solat subuh dan bergerak ke belakang untuk melihat kalu ada ape2 yang boleh di tolong di dapur belakang..tgk2 akmal ngn otai da siap msk..siap bancuh air kopi da ~ hohoho ni bwt kitorng sayang ni hahaha ape lagi..bedal je la hehe hari ni kitorng bersarapan ngn sambal bilis ngn nasik putih..aku makan sikit je pg ni..x selera kot..jrng sgt mkn pagi huuhu selepas sumer siap bersarapan, kemas barang2 + bergambar2 kenangan di gua azan..kami bertolak menuju ke puncak batu putih dalm kol 10 pagi..dalam semua hati kami masing2 membawa misi untuk menawan puncak batu putih ~hohoho tunggulah ketibaan kami~ masing2 masih kagi dalm mood ceria jadi masih bersemangat mahu naik puncak yihaaaa!!! Pendakian hari ini jauh lebih mudah dari semalam.( agak santai…yerklah.. awal2 bulih lah santai yerk ehehhe… tapi jalan agak menaik jugak kot.. ( eh ku sudah lupa camner jalannye..).. selepas setengah jam berjalan kot, kami tiba di persimpangan antara trek dr kem balak….. kiranya untuk sesiapa yang tidak tidur di gua azan, di sini lah simpang di mana trek kem balak bertemu.. ehehhe…. dekat simpang tuh, atas cadangan uteh yang budiman, kami meninggalkan barang2 yang tak diperlukan contohnya baju basah..hek2, Suhu yang dicatatkan pada pagi ini ialah 18oCelcius, sejuk tetapi menyegarkan. Kami menyusuri denai hutan dalam hutan montane, hutan tanah tinggi yang sinonim dengan pokok-pokok renek dan pelbagai spesis lumut. Pokok berkayu yang kerap ditemui di sini antara lainnya adalah Leptospermum flavenscens
kami meneruskan perjalanan… lama kelamaan, barulah kami tiba di kawasan2 yang menduga kekuatan mental dan fizikal ahhahaha..banyak bahagian2 panjat memanjat kat sini…paling ku mati kutu bila sampai ke satu kawasan batu besaarrrrrrrrrrrrrrrrrr yang mana ku tak tahu nak panjat macam mana dah… uhuhuhuhu…wwaaaa…. Kami kemudiannya memanjat tangga yang diperbuat dari kayu yang berikat tali bersebelahan dengan jurang yang dalam. Kadang-kala kami berjalan di celah-celah batu besar. Setelah berhempas pulas,akhirnya kami tiba di sebuah kawasan lapang berhampiran dengan Gunung Batu Kak (45 minit selepas meninggalkan Gua Azan) .….cam ala2 puncak.. tapi kecik je kawasan tuh….ku panggil kawasan tuh puncak tipuuuu… ehehehe… walaupun kami tahu jauh lagik perjalanan nk sampai puncak betol, tapi masa tiba je kat puncak tipu nih, macam gembira seketika… ehehhe.. sempat layan view… sempat duduk minum air kejap… sempat bergambar sakan… ehehhe.. kira2 memang sempat lah wat ektibiti macam orang yang sampai puncak ahahaha…. dari situ jugak kami boleh nampak arah tuju yang kami nk pergi… puncak batu putih…. hooooooooo… dari lokasi tuh, jauh je lagik nak sampai puncaknye… sebab kami di seberang, dan destinasi puncak, ade kat seberang satu lagik… woooo woooo…… mentenn…. mental kene jaga aaahhah
Kami tidak melepas peluang untuk mendaki gunung batu kak..alahai susah giler nk naik ke sana..kene panjat tangga kayu yang sudah reput dengan mengunakan tali...alhamdullilah semua selamat sampai ke puncak gunung batu kak..semapt bergambar dengan view yang sangat indah..hohoho di atas puncak ini kami dapat melihat bangunana2 yang ada di sana~ agak2 bandar2 kat area tapah kot hahah~

Lepas bergembira ala2 sampai puncak, kami pon meneruskan perjalanan…perjalanan menuju puncak lebih banyak jalan turun naik, panjat memanjat, lumpur berlumpur…. macammm suatu gunung yang ku kenali.. gunung irau ahahaha…. bila jalan menuju puncak nih, macam teringat jalan kat gunung irau.. walaupun sebenarnya ingatan irau pon samar2 jugak sebab irau ku lawati tahun lepas , tapi trek menuju ke puncak memanglah mirip2 irau… dengan basah berlumpur nya… trek yang macam ni, tak penat sangat sebenarnye.. sebab naik turun.. so tade aa naik je manjang… pada pukul 1 tengah hari kami pun meneruskan perjalanan..jalan dan terus berjalan….. lalalala… sampai lah akhirnya kami ke simpang untuk turun ke last water point sebelum sampai puncak…rasanya kami sampai ke simpang tuh kira2 jam 3 petang…maka kami memulakan aktivit memesak bihun tak lupa air kopi ngeh3 .. ~lunch mkn bihun je wey~haha.. sempat masak nasik tuk mlm nii la lalala.. masa kat sini, sempat lah ku berehat kejap.. sementara menunggu kawan2 yang turun amik air…ade yang turun sampai tergelincir.. kesiann…..memang betol lah agaknya kenapa last waterpoint tuh orang panggil “air terjun nak terbunuh”.. agaknya susah jalan nk ke bawah tuh.. eheheh… aku sempat menurunkan diri ke water point itu separuh jalan je..sebab budak group aku da naik da .. masa sedang menunggu kawan2 mengambil air kt bawah tuu.. ku dh mula rasa sejukkkkk.. yer lah, bila dh berhenti berjalan, angin pon dingin je rasa.. isk isk…dalam kol 4.30 kitorang meneruskan pendakian .. jalan dan jalan sambil hatiku bising2 dok membisik sejukkkkk…bila dah lama sikit berjalan, barulah hilang sikit rasa sejuk tuh… jalan lagik…mental masih kuat masa nih… bila dah nak dekat2 puncak, trek lebih banyak kepada lumpur…. memang masa nih trip bajakkk tak hengattt…. habis tanah lumpur semua kene gembur ehehehheh .. tape.. masih berjalan sambil menyanyi perlahan ahhaahha…tapi masa ni lebih kepada senyap melayan perasaan sendiri..akmal x habis2 menyakat aku..sepanjang perjalan aku ke puncak..dia la peneman dan penghibur hahaha walaupun hati da bengang dengan kepala nya yang tak berapa betul tuu..aku layan je laa hahaha hilang sikit rasa letih niii...nampak langit semakin gelap..hawa sejuk semakin terasa..hujan renyai2 mula membasahi bumi..ohh tidakk hujan semakin lebat.. getus hatiku yg kecik molek ini..ku teruskan jua pendakian ini..akhirnya aku sampai di puncak kira2 dalam pukul 6.30 petang..hoRReyyyy akhirnya aku berjaya menawan puncak GUNUNG BATU PUTIH ~ aku
 berjaya mencatat sejarah pendakian gunung dalam hidupku..mendaki gunung yang tertinngi setakat ini.. heheheh~
Puncak Batu Putih adalah luas dan boleh dikatakan rata. Kawasan puncak ini sememangnya sesuai dijadikan tapak perkhemahan yang boleh menampung 30 pendaki pada satu-satu masa. Pemandangan di sekeliling juga indah dan kadang-kala berkabus tebal dengan tiupan angina kencang.
Hujan semakin lebat..angin bertiup kencang..sekali sakla fly kitorng berterbangan tapi sempat diselamatkan .. dingin puncak mula meresap tulang belulang dan segenap sendi sampai tulung sum2 hitam eheheh..maka bergegas lah kami bertukar ke pakaian bersih… oleh kerana tiada punca air di kawasan puncak, maka ektibiti pembersihan berlaku secara ala kadar … wet tissue untuk kaki yang hitam di salut lumpurr… ada rakan2 yang dah mula memasak makanan malam……. sementara menunggu makan malam, kami mengadakan sessi ramah mesra… ehehheh.. masa nih lah baru kenal sikit2 nama kawan2 sekalian…
selesai sessi berkenalan, masing2 menghulur bekas makanan untuk makan malam…selesai makan, semua orang tiduuurrrr….. ade yang sambung buat ektibiti berbual dan sebagainya…. errkkk.. sejukkkk…. di tambah pulak dengan sejuk malam di puncak...tapi paling sejuk adalah kakiiiii…ehhehe.. malam tu aku tidur nyenyak giler hahahaha... ….hujan masih tak berhenti lagi..sepanjang di perkehmahan ini..aku terpaksa belajar untuk tidur awal hahha~ pukul 9.30 masa yang paling awal untuk aku tido…penat punya pasal..terlelap juga akhirnya hoohohoo

Ahad 13 mac 2011 – Hari Ketiga.. Perjalanan 2 hari utk naik di packkan jadi 1 hari utk turun…
Terdengar bunyi orang berdeham..maka tersedarlah aku dari mimpi indah..ouch da pukul enam..pagi masih gelap..tambah2 bahana sejuknye masih lagi terasa huhuhu ini yang menyebabkan aku bertmabh liat tuk keluar dari sleepping beg hohoho tapi aku usaha jgk keluar demi menunaiakn hajat yang ku than dari samalam hahahaha selepas selesai membuat urusan berus gigi..kami sempat menikmati sunrise di sebelah ufuk timur bersalut kepulan gula2 kapas awan putih..ohh sungguh indah dan cimell..di sebelah ufuk barat pulak..terhmapar lautan gunung ganang yang membiru ..subhanAllah maha suci allah..sungguh agung ciptaanmMu...(T_T).
Selepas menikmati sunrise seketika..bersiap sedia untuk menyiapkan breakfast yg terakhit..pg ni group kami makan nasik putih dengan ayam kicap.. uhuuu sedapp selpas semua selasai bersarapan + mengemas barang2 ..sesi bergambar di puncal x akan dilupakan..bukti di puncak adalah BEIRUT BATU PUTIH hahaha.
Selesai bergambar, semua pon bergerak lah turun….. Hooooo… Di siang hari , barulah jelas kelihatan trek2 yang di bajak di malam hari eheheh… Basah dan berlubang2 kami kerjakan…eheheheh…..tp aku berpeluang menikmati tapak kaki sang belang..!! ouchh tidak ku sangak besarnya.. kebnyakan di kalangan kami tak perasan tapak kaki tersebut ~ kiranye aku bertuah laa yeee hehehe..
Di awal perjalanan, masih sedikit gembira… sebab memikirkan sudah mahu pulang….Tetapi, bila sudah berjalan turun da berjalan dan berjalan, kaki ku sudah mula rasa sakit… specifically, ibu jariku sudah mula rasa sakit…. huhuhuhu… pada awalnya masih menahan sakit… sambil melafazkan kata semangat pada diri yang suda mntal hooo… macam2 ayat keluar sambil cuba menyedapkan hati sendiri yang perjalanan pulang akan lebih cepat dari perjalanan datang…
sampai satu tahap, kaki ku sudah mula rasa sangat pedihh…. howaaa….. masa nih masih cuba untuk tidak menunjukkan kesakitan… mata hati sudah mula berair… uhuk uhuk.. hahaha ade ker??….. gara tertukar kasut dengan member..inilah padahnya..kesakitan yang amat sangat terpaksa ku telan huuuhu sampai di tengah jalan..beg pula buat hal..aduii jgn la putus sayang.. x moo la aku dukung beg sebalah bahu..siksa jiwa maa,, huhu sabar2!!! Ujian baru sikit je tuu...~ kepala da abis pikir cmne nm bwt nii..akhirnya ak terpksa la jua bgta kt en saiful... last2 kak wa ei yng tlg ikatkan..kirenya ak duduk di barisan belakang jgk la hahaha sakit kaki punya pasal lalala
Jalan dan jalan.. jalan dan jalan… wah jauhnyeeee….bila nak sampai puncak tipu nih…. huhuhuhu.. jalan dan jalan lagik….akhirnya sampai jugak ke puncak tipu… di situ kami semua berhenti berehat, hooo…. masih senyap…. (layan perasaan…).. lepas puncak tipu (ini bukan nama sebenar tempat ini… ku je yang panggil puncak tipu….), kami tibalah di kawasan batu besar … untuk turun dari batu besar itu jugak, masih cuak…dangan tangga yang suda reput tanpa bertali.. cuba jua untuk turun..selepas kawasan batu besar, (berdekatan dengan puncak Batu Kak), aktiviti memanjat turun sudah bermula…(macam manalah ku panjat semalam…)..
sampai di satu kawasan yang bertangga kayu, (tangga buatan untuk membantu pemanjatan), di dapati ikatan kayu sudah agak longgar… huhuhuhu..
turun dan turun dan turun….bila kami tiba di simpang untuk turun ke kem balak..rehat sekejap ( tempat untuk menigglkan barang selpas dari gua azan) …Jalan turun dari simpang menuju ke pengkalan balak boleh di katakan agak bahagia, sebab jalannya adalah jalan menurun biasa… wahhh.. kalau tak tidur di gua azan, maka jalan ini lah yang kami lalui untuk naik puncak dari kem balak…. selepas aksi orang belakang memecut, ku meneruskan perjalanan lagi… hohoho…johari jalan di belakang ku… rajin plak si joe ni berbual, ku layankan aje… tenang sket kaki bila trekking sambil berbual ahahha.. Perjalanan di teruskan.. Hati sedikit gembira sebab jalan rata menurun, takde lumpur dan batu eeheheh...sekali sekla ku berjala kai ayam.. tak berkasut..sakit kaki maa..walaupom aku ditegur..ak pakai kejap je ~ mmg jns kpla x makn saman la hahaha~ jalan dan erus berjalan dan akhirnya kami tiba di water source… tak jauh dari situ ada kem balak 2 wahh.. sronoknye… tiba di sana, ahli group aku da siap masak meehun segeraa…. Hahah aku orang paling last sampai dalm group ni hek3 …. nikmat makan meehun panas bila perut tgh berkeroncong sambil membedal kopi haha …
Selepas semua sudah bersiap sedia kira2 kol 4 ptg , kami meneruskan perjalan…huhuhu… jauh lagik perjalanan ni, masing2 layang trek secara senyap .. Trek sudah licin hasil basuhan hujan semalam sambil kaki yg tengah meraung kesakitan huuu …. uhuhuhu… jalan dan jalan.. sesekali ku jatuh tergelincir… Gelakk…. Jalan dan jalan lagik…… bedebuk…. jatuh macam nangka busuk…. huhuhu.. masih gelak… sampai ke jatuhan yang keberapa, ku udah mula mental….Jalan sudah semakin perlahan… sebab risau nak jatuh lagik … teman2 kat belakang sudah rapat…. Haiyaa kaki sakit mengelepur da nii.. nak x nk aku buka kasut..waa nikmat giler terase bila kaki dapt bernyawa sekli sekla hahaha
jalan lagik…tp masih terlalu perlahan… (howaaa… kenapa perlahan sangat ku jalan nih… Selalunye perjakanan turun ku, tidak pernah seperlahan ini… selalunye perjalanan turun yang ku ambil, mesti separuh dari masa ku naik.. tapi kenapa hari ni sangat perlahannnnnn ..jalan dan jalan, kami tiba di kawasan anak sungai…hujan yang turun sebelumnya, membuatkan sungai yang kecil, sudah melebar… sudah turun, ku menanti rakan2 lain di atas trek berair… uuuu.. sedapnya cuci2 kaki, basuh2 muka dengan air sejukk…… selesai semua turun dari atas, mulalah aktiviti cuak …. kami menyusur tebing sempit berukuran 2 tapak kaki agaknya… “rapatkan badan ke dinding…” pesan uteh. ku anggukkan aje.. wahhaa… cuakk….jalan lagik…huuu… lepas satu bahagian yang mencuakkan… ….

Lepas dari kawasan itu, kami meredah poko2 buluh di sekitar sungai sambil bertemankan ‘’pacat’’ yang berkeliaran di sepanjang terk huu, jalan dan jalan dan jalannn….dan akhirnya kami sampai di sungai yang mana tempat kami meredah sungai pada hari pertama.. setibanya aku di sana ..akmal suda mula melambai2 kan tangan tanda menyambut kedatnga kami yang agk terkebelakang..hati mula berbunga ceria.. ini menandakan kami hampir tiba di kuala woh..hohoo selepas merntasi sg .kami meneruskan perjalanan....jalan dan terus berjalan sesekli tersermpak denagn penduudk asli di kawsan ini danakhirnya, kami tiba di starting point… wahaaaaaaa….. Ku mula trekking pada jam 10 pagi, dan tiba semula di starting point (kuala woh) pada jam 7 ptg ..berikutnya ini adalah Rekod on track paling lama…sepanjang pendakian gunung setakt in hahaha terima kasihhhhh.. terima kasih… yang menunggu di belakang ku…. berjalan seiring dengan prinsip ala2 kura2 gitu… “ biar lambat asl selamat” hahaha…
Selesai berehat seketika,kami diangkut dengan hillux..ni pengalaman pertama aku menaikki hillux dari kuala koh ke tempat bus yang menunggu kami selam 40 minit..melayan karenah akmal yang mulutnye bising macm murai menghilangkn segala penat yang ada..hahaha setelah sampai di sana..aku terus sambung berehat di dalm bus sambil menunggu member2 yang laim ..karenah si akmal semakin menjadi2 bila dia asyik mengenakan aku.. hahaha tp menghiburkan...layan ke la budak bawah umur nii hahaha
Kira2 jam agakny9.30 mlm, kami bergerak menuju ke RnR Tapah untuk membersih diri dan mengisi perut …Selesai membersihkan diri, mandi manda dan makan, kami bertolak ke upm pada pukul 11.30 mlm…semua tido nyenyak di dalam bus..huhu penat beb.. dan sampai di sana dalam pukul 2.00 pagi ohoho sakit = kejang kaki mula tersa..nk berjlan pon macm robot da... perlahan x yah cakap la..huuhu terik segala urat di bhgn betis aku nii aiyaa macm orng bersalin la plak hahaha setelah selesai ektiviti pemulangan barang..sabri n nazim datng mengambil kiteorng. Sepanjang pulang ke akasia..aku lebih selesa melayan mata hahaha ZZzzzZz dalm kol 3.3o pagi kitorang sampai kat asrama..dan ape yang penting sambung tidOoo hohooho


*sources: amelinqistina-travelog hamba-*

Monday, October 3, 2011

Malaysia Vs Kejatuhan Ekonomi


Daripada Ma’qil bin Yasar ra. berkata,
Rasulullah saw. bersabda:
"Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) 
adalah seperti berhijrah kepadaku."
[HR. Imam Muslim, dari kitab 42 Hadis Peristiwa Akhir Zaman]
[yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)]

Saya & kawan2 selalu berdamping dengan Sheikh Imran Hosein setiap bulan.
Dan saya seorang yang berminat dengan bukunya yang pelik & misteri, 
tapi yang lebih herannya,
hasil kajian Sheikh tak ambik pot oleh kebanyakan ulamak2 sekeliling kita.
Lebih misteri lagi ialah,
takde seorang ulamak atau Mufti pun yang halang dakwah Sheikh Imran.
Nak tau sebab apa?
Sebab kata2 Sheikh semua jadik 100%.
Maknanya apa? Dajjal, Imam Mahdi, & Nabi Isa (is around the corner)
Tasik Galilee pun makin kering, ekonomi dah ada tanda2 nak jatuh, dll lagi.


Saya mohon semua yang membaca,
supaya ambil perhatian pada perkara yang saya nak perkatakan.
Keadaan ekonomi sekarang ialah seperti penyakit barah yang semakin merebak, 
anda tak boleh membiarkannya tanpa berbuat apa-apa,
dan berharap penyakit itu akan sembuh dengan sendirinya, 
ini tak akan berlaku"


Wahai pembaca budiman.
Anda mesti bertindak dan bersedia 
sebelum barah jadi terlalu parah dan ketika sudah terlambat untuk berbuat apa-apa.
Bertindak dan bersedialah, 
kerana masa sudah semakin suntuk.
Ini bukan masanya untuk berharap suatu yang mustahil, 
berharap kerajaan akan dapat mengatasi krisis ekonomi ini.
Kerana bukan kerajaan yang menguasai dunia (ekonomi), 
yang menguasai dunia (ekonomi) ialah Goldman Sachs"
Goldman Sachs tak peduli mengenai usaha menyelamatkan dunia (ekonomi).


FAKTA DARI ORANG MISTERI:
Saya sebenarnya mahu kongsikan kebaikan dengan anda semua, 
anda boleh kurangkan kesengsaraan yang akan ditanggung nanti; 
bertindaklah sekarang juga dengan melindungi aset dan simpanan anda"
Kerana dalam masa 12 bulan ini, 
mengikut jangkaan saya, 
akan berlaku keadaan dimana harta simpanan berjuta-juta orang akan hilang begitu sahaja,
terus terang saya cakap kajian Dinar Emas yang taksub tapi benar tu dah betul."
dan keadaan yang teruk ini hanya PERMULAAN sahaja 
berbanding dengan apa yang akan berlaku seterusnya"
Saya ulang amaran saya sebentar tadi, 
bertindak dan bersedialah bermula sekarang ini juga - 
kerana tindakan anda yang paling berisiko seterusnya setelah dengar amaran saya ini ialah 
bila anda duduk diam tak berbuat apa-apa"


KOMEN DARI ORANG MISTERI:
Goldman Sachs adalah Pembuat Keputusan Ekonomi Amerika
1)
Apakah kerajaan Malaysia tidak sedar bahawa
kejatuhan ekonomi Amerika pada September 2008
yang bermula dengan Lehman Brothers adalah
perancangan Goldman Sachs di Amerika?


2)
Apakah profesor-profesor ekonomi di IPT-IPT di
Malaysia tidak meneliti laporan-laporan audit dan
kenyataan-kenyataan billionaire-billionaire Yahudi
dalam Bloomberg, CNN, CBS dan forum-forum
ekonomi antarabangsa?


3)
Apakah penganalisis-penganalisis yang dijemput
berceramah dalam forum-forum ekonomi dalam
televisyen tidak sedar bahawa Timothy Geithner
(bekas Pengerusi Federal Reserve Bank) 
adalah orang suruhan Goldman Sachs?


4)
Adakah mereka-mereka di atas tidak sedar bahawa
bank paling kaya di dunia adalah Goldman Sachs
bukannya bank-bank di China, Jepun dan Eropah
seperti yang diwar-warkan oleh Majalah Forbes?


5)
Adakah mereka-mereka di atas juga tidak sedar
bahawa maksud ‘kekayaan’ yang sebenar bukannya
dinilai pada carta top ten keluaran majalah Forbes
tetapi ia bermaksud ‘Siapa Paling Berkuasa”?


6)
Lloyd C. Blankfein (Goldman Sachs), 
Kenneth Chenault (American Express Group), 
Kenneth Lewis (Bank of America),
Ed Yingling (Presiden Persatuan Bank-Bank Amerika).


Keempat-empat orang di atas adalah individu yang
bertanggungjawab melobi kemenangan Barrack Obama 
sehingga menjadi presiden dan akhirnya
Obama akan mengikut plan ekonomi yang diputuskan
oleh empat Yahudi ini dalam waktu-waktu yang
dirancang.


semoga kita berwaspada ttg fitnah dajal akhir zaman....
Simpanlah beras banyak, tanah dah cari belum ?
Wassalam.

sources by: Penternak Dirham (FB)