Assalamualaikum,
Kasih seorang ibu!
Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin
itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang
jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.
Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup
wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada
dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak
sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat
bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti
sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun
mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup
mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga
itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu
bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya
kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang
pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si
anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-
kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada
penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari
penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu...
"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata
si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok,
bagaimanapun
dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak
menjawat
jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma
telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma
itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.
"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda
ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping
telinga
ibunya tiada.
"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke
telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia
tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang
pernah
ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."
Ps :
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta
sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi
pengorbanan tanpa diketahui.
Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa
minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan
bermasam
muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK
KAKI
IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,
curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'
Sumber : Forum cari
" Life is sh0rt, live it. LOve is rAre, gRab it. Anger is bAd, dUMp it. FeAr is aWful, fAce it. MemoriEs aRe sWeet, cHerish it"
Thursday, April 7, 2011
Monday, March 7, 2011
ToLonG bErItAhU si Dia..
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendirir30;.
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…
Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya…
Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya…
Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnyar…
Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya…
Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…
Tapi bersahabatlah kerana Allah..

:.Saya post benda ni bukan sebab jiwang , tapi terasa indahnya pesanan2 ni( dicopy dari iluvislam)..untuk dikongsi dengan kawan2 buat renungan, semoga kita dapat manfaat bersama..Insyallah..:o).:
Labels:
FiKir2kn..
Wednesday, March 2, 2011
~Mimpi Rasulullah S.A.W~
Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT.
Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya hanyalah mainan tidur. Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi. Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:
1) Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.
2) Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah diselamatkan oleh kesan wuduknya.
3) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah.
4) Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab maka segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut.
5) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya, maka segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas.
6) Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku.
7) Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang.
8) Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu, katanya:
"Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya," lalu mereka pun berbicaralah dengannya.
9) Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.
10) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.
11) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.
12) Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.
13) Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang meninggal sewaktu kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.
14) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.
15) Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.
16) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.
17) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.
18) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya.
19) Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab:
"Mereka itulah orang-orang yang suka 'membawa mulut' ke sana ke mari."
20) Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: "Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu."
sources:.sources:.www.iluvislam.com..dihantar oleh nurkasihislam..editOr: mawaryangtinggi

Friday, February 25, 2011
~SanTaPan rOHaNi~
Bismillahirrahmanirahim…
Alhamdulillah dgn izin Allah S.W.T. dpt jgk meluangkan masa ke majlis ilmu kat DKP3 anjuran pelajar Fiqh Fatwa Tahun 2-program wacana revolusi Arab iaitu isu semasa apa yg berlaku di Mesir n negara arab masa kini yg mana disampaikan oleh 3 penceramah : ( Ust.Dr Zuhdi Marzuki (UM), Ust.Zainuddin (FSU) & Ust. Riduan Mohd Nor). Program ini adalah perasmi kehadiran aku dlm program/ceramah bg sem 6 ni, mane tidaknya sem ni jadual teramatlah padat,kelas pg smpai mlm…huhu..Sebelum ni, aku x akan terlepas tuk menghadiri ceramah/talk yg biasanya diadakan kat DKP melainkan ada perkara yang betul2 x dpt dielakkan. Selepas menghadiri majlis ini, maka terbuka la sket minda aku tentang isu2 semasa yang sdg melanda negara saudara2ku, sblm ini aku hanya tgk berita n juz bace kat paper berkaitan isu2 negara arab..hari2 berapa ramai saudara2ku terbunuh…kdg2 aku sengaja x bace berita luar negara coz x smpai hati nk tgk gmbr2 yg ngeri..hanya Allah yang tahu penderitaan mereka…selalu terdetik kat hati aku mcm mana lah kalau aku kt tmpt mereka..sggupkah aku mnjadi spt mereka…kdg2 ade sindirin dlm hatiku apakah usaha/bantuan aku utk mrk??..kalau sekadar rasa belas kasihan x cukup…mereka lg berani & semangat jihad mrk lg tggi jika nk dibandingkan dgn aku...( bagai langit dan bumi bezanya).
Banyak gak la input yg aku dpt dari majlis ni…tp x smua la yg betul2 melekat dlm fikiran aku sbb smuanya pasal sejarah….mane yg pntg2 je melekat dlm fikiranku…tambahan pula masa yg amat singkat utk 3 penceramah menjelaskn/mnceritakan ttg sejarah n revolusi negara arab…panel pertama ialah Dr.Zuhdi yang mane byk menceritakan pasal jenis penguasaan2 dan sistem pemerintahan berdasarkan aristokrasi..aku agk kurang fhm sket pasal ni...terasa sgt diri ini amat jahil…L..tp realiti skang ni kita berhadapan dgn serangan pemikiran sekular pragmatis yg sgt ganas menerjah aqidah umat Islam... n usaha musuh Islam secara tersusun membidak catur dunia dgn tujuan meletakkan Islam dikndg org yg salah..manakala Hegemoni Amerika atau kuasa Unipolar ini sdg ghairah mmbidik sasaran,menumphkan darah umat Islam dgn cara yg keji,mengganggu sistem pengajian Islam n mewujudkan konflik mazhab sprti yg berlaku di Iraq...n kat negara2 umat Islam pula serangan pemikiran seperti Islam liberal, Pluralisme agama, hedonisme, budaya popular yg ekstrem sdg mmbarah...penyakit ni sdg memamah n membaham umat Islam sehingga melahirkan spesis manusia yg hilang kepedulian sosial, hilang jatidiri Muslim malah mnjadi alat musuh utk mghancurkan Islam.. Dr. ade bgtau dlm buku kalau x clap tjknya 100years karya "Frightman"(x tau ejaannya btul x)..mengatakan yang thn 2010-2020 adalah thn dikatakan Islam akan runtuh….selain itu, Hosni 'laisa' Mubarak sbnrnya lebih kaya dari Bill Gate yg mana hartanya bernilai 70 Billion n pemerintahannya kat Mesir dah 30 thn…anak muda memainkan peranan pntg dalam sesebuah negara krn mereka mmpunyai smgt yg kuat…."generasi muda pemangkin negara"..huhu…panel ke2 ialah ust. Zainudin…ape yg aku dpt ialah terdapat 4 buah negara yg mana jika dpt menguasai pemimpin 4 buah negara ini akan menguasai Islam spnuhnya iaitu Turki,Mesir,Pakistan dan Tanah Melayu (Indonesia+Malaysia)…panel terakhir ust.Riduan…memg best sgt tp masa yg agak singkat…baru je smgt nk dgr tp da kene berhnti sbb masa da lewat…ade satu part yg mmg betul2 menikam kalbu+rase mmg betul2 kene hentam iaitu citer pasal muslimat kat palestin…yang mana ust. kata kalau p palestin mcm x se balik doh sebb muslimat2nye ngn muka bersihnya…hafizah 30 juzuk dlm dada..kalau nk dbndingkan ngn muslimat kat Malaysia yg mane "hafizahnye" hanya surah 3 kul…haha..dush!! mmg kene betul2 ats muka…satu ag citer ust pasal semgt jihad yg tinggi dikalangan rakyat negara arab..iaitu dimana seorang kanak2 yg berumur 7thn kehilangan satu tgnnya kerana terkena serangn musuh tp kanak2 tersebut mengatakan yg tgnnya dah berada kat syurga…badan dia je ade kat bumi…Subhanallah!!...semangat jihad mereka dr kecik sudah pum tinggi..kalau kat Malaysia yg berumur 30 thn pum belum tentu dpt memberi jwpn seperti kanak2 palestin td…malah rakyat kita terlalu leka dgn nikmat keharmonian+kesejahteraan yg dikurniakan oleh Yang Maha Pencipta..ramai yang sombong..n x bersyukur diatas kurniaanNya..x de jln pintas utk mengembalikan kecemerlangan Islam melainkan umat Islam mengmbalikan semula khilafah yg hilang,yg akn menaungi kmbali maruah umat Islam, memayungi semula umat Islam yg kehilangan bapa smnjk runtuhnya Khilafah Uthmaniah Turki pd thn 1924...semngt jihad perlu dikobarkan kmbali mghiasi dada pemuda2 Islam n umat Islam perlu diyakini bahawa masa dpn adalah milik ISLAM.. byk lg input sbnrnya tp x berapa pndai nk olah tkt nnti tersalah tafsir plop coz aku x berapa arif sgt bab ni…kene byk mmbaca ag n buat revision sket...hehe…
Selepas hbs program td, smpat lg aku 'menyambar' 1 buku (Peperangan Rasulullah S.A.W) utk santapan mindaku..hehe…J..harap2 nnti dpt menaikkan aku punya semngat tuk terus mmbaca sejarah2 Islam…huhu..aku jenis lebih suka mendengar dr membaca..huhu..sejak kecil smpai sekarang mmg susah nau nk mmbaca!!…kdg2 tgk cover da ngntuk..haha..maybe aku x dipupuk dr kecik kot coz mase aku kecik2 abah selalu bercerita ttg kisah2 nabi, sahabat dan sejarah2 islam serta citer abu nawas…jrg sekali aku dibelikan buku utk dibaca..hehe..koleksi buku2 peribadi aku pum bleh dikira sbb sikit sgt…huhu..malunya kat diri-sendiri..hehehe..tp dgn cerita2 yg aku dgr dr abah aku selalu dpt high score dlm subjek agama mase skolah rndah n mmbntu aku dlm ujian tuk masuk ke MMP..hehehe..sampai sekarang msh terngiang2….(rindunya kat abah n rase mcm nk pusing balik zmn kecik2)..huhuhu…rase mcm nk pnjm je jam masa lampau ngn doraemon…huhu..
*utamakan ape yg perlu diutamakan...betulkan niat + ikhlaskan hati dlm mencari ilmu...Semoga KITA smua sentiasa dibwh rahmatNYA...biasa2kn lidah dgn senandung pujian terhadap Yang Maha Kuasa..: )..Tahniah kpd pihak penganjur program ini..*
Thursday, February 17, 2011
~LUASNYA NERAKA!!! ~
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada
Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat .
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Labels:
FiKir2kn..
~CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN ~
CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN ...
> >
> > Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda
>abstrak:
> > ada CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya.
> > Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi.
>Namun
> > suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut
>tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua
>penghuni
>pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.
> >
> > CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai
> > perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara
>itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN
>sedang mengayuh perahu.
> >
> > "KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN,
> > "Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta
> > bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam.
>Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN
>cepat-cepat
> > mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.
> >
> > CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan
> > perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang
>terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga
>ia tuli
>tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke
> > pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.
> >
> > "KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawab
> > KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu
>ikut.
> > Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN. CINTA
>sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa
>kesalahanku,
> > mengapa semua orang melupakan aku.
> >
> > Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah
>aku bersamamu", kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku
>sedang
> > sedih dan aku ingin sendirian saja...", kata KESEDIHAN sambil terus
>mengayuh perahunya. CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan
> > menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat
>diselamatlkan.
> > Lalu ia berdoa kepadaTuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia
> > tanpa aku, tanpa CINTA?
> >
> > Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat
>naik
> > ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua
>reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu
>Cepat-cepat CINTA
> > naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.
> >
> > Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera
>pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahwa ia sama sekali tidak
> > mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA
>segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa
>sebenarnya
> > orang tua itu.
> >
> > "Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA
>bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan
>teman-teman
> > yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata
> > orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA
> > itu......"
> >
>
>
~PeNguBAT riNdu, PenEnanG jiWa~
YANG ABADI
Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara
Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi
Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban
Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia
Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi
Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara
Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi
Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban
Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia
Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi
Subscribe to:
Posts (Atom)