Khamis – 11 march 2011
Selepas berhempas pulas menjawab quiz takaful,aku n member2 kelam kabut menyiapkan diri untuk ke UPM semata2 untuk menyertai trip pendakian ke gunung batu putih di bawah anjuran BTN..padahal dalam hati cuak giler..ye r..mane tak nye kalu diikutkan penerangan awal pasal gunung ni oleh sedara sabri ..ni adalah salah satu gunung yg mmg tough giler..salah satu gunung yang memepunyai trek yang hampir membunuh tambahan pula antara gunung yang kelapan tertinggi di malaysia yang mempunyai ketinggian 6993 ( 7 kaki lagi nk sampai 7000 tuu ) ~ hati da CUAK Maa... huhuhuu
So, bagi aku yang sangat lah beginner dlm bidang pergunungan nih, bila pikir nk join trip ke gunung batu putih nih, ade banyak rasa cuak ehehhe.. yer lah, baru je naik beberapa gunung and gunung2 yang dah di daki tuh sumer gunung2 yang sesuai utk beginner cam aku (rendah lah tuh :p)..
Semua peserta diminta berkumpul di dataran UPM (bersebelahan dengan asrama tun teja) dan taklimat ekpedisi di berikan…Kemudian kami semua bertolak ke Tapah kira2 jam 11.30 agaknya.. ( aku lupa nk check jam masa tuh)…Setibanya di RnR Tapah dalam kol 1.00 pagi, peserta2 diminta minum dan mengalas perut ala kadar, sebelum kami bergerak ke Kem Kuala Woh..dan tibanya kami di sana dalam kol 3.00 pagi.
Di Kem Kuala Woh, semua peserta sempat melelapkan mata seketika dibawah ground sheet ngan Fly yang telah siap di pasang oleh tok janggut hehe ada yang tidor di dlm kereta.. Ada jugak yang lebih suka berbaring di atas alas, di atas jalan sambil mengambil angin malam huhuhu ~ sejuk maa…
Jumaat 12 Mac 2011 – Hari pertama…. Trekking ke gua Azan
Bangun tido, masing2 bersiap ngan baju trekking, makan breakfast dan kami semua bergerak ke empangan tempat starting point ke Gunung Batu Putih…..selepas siap mengagihkan barang2 yang perlu dibawa mengikut kumpulan , kami mendengar sedikit taklimat perjalan kami ke gua azan....dan sebelum memulakan perjalan,en. Saiful selaku ketua program mengetuia bacaan doa ..dan Kami meninggalkan kawasan empangan di Kampung Kuala Woh di Tapah, Perak tepat jam 9.30 pagi. Trek yang kami lalui adalah bersebelahan dengan sebatang sungai yang airnya mengalir deras. Keadaan trek turun naik dan licin oleh hujan yang kerap turun kebelakangan ini.
40 minit kemudian kami berhenti. Seorang demi seorang menyeberangi sungai. Keadaan air sungai yang mengalir deras dan separas pinggang di beberapa tempat menyukarkan pergerakan. Silap langkah boleh membawa padah. Kami mengambil masa hamper setengah jam untuk ke seberang.
Keadaan trek kemudiannya adalah lebih sukar dan mencabar minda. Kami kemudiannya meniti batu-batu licin berhampirang jeram yang cantik tetapi merbahaya. Airnya mengalir deras dan dalam. Kadang-kala trek bertukar menjadi anak sungai yang lecek dan licin.
Trek yang kami hadapi juga bertambah curam. Terdapat banyak rumpun buluh yang tumbuh subur yang menyukarkan perjalanan. Kami terpaksa merangkak dan ada ketikanya meniarap untuk mengelakkan diri daripada buluh tumbang dan pokok-pokok buluh yang tumbuh menghalang laluan.
Pokok-pokok salak juga tumbuh subur di lereng bukit yang didaki. Keadaannya jauh lebih subur dari apa yang pernah saya temui di kebun-kebun. Ada yang sedang lebat berbuah tetapi hajat untuk menikmatinya tidak kesampaian. Tiada buah yang masak ranum untuk dimakan.
Setelah mendaki bukit pacak ~ yang memng terpacak pun (7 kali 8 guung datok~ letihhh huuu ~ kami berhenti rehat seketika, yg 1stly di caria adalh..mane botoll AIRrr huhuhu….setelah setengah jam berehat, Kami meneruskan pendakian. Keadaan trek tidak banyak berubah. Licin, curam dan ditumbuhi banyak buluh dan salak. Keadaan ini hampir berlarutan selama 2 jam. Tiada pendaki lain yang kami temui. Hanya kami yang seramai tujuh belas orang mengharungi denai hutan yang sunyi seolah-olah tanpa penghuni.
Hujan renyai menemani perjalanan kami..lencun giler baju semua a ornag dan pada pukul 3 petang kami sampai di kem balak 1..1st time kitorng masak maggi dlm group..bru knl katakan..hehe melantak maggi dalm hujan sambil menghirup kopI.. fuhh sedak jgk erk..haha lapaaa punya pasal.. dalam kol 4 kitorang menerusakn perjalan ke gua azan..jalan dan terus berjalan meredahi hutan dalam hujan renyai2 yang entah bila tiba hujungnya..huuu sejukkknya x yah nk kata huuu ~ perjalanan ke gua azan adalah perjalanan menguji kesabaran sebab track nye naik turun naik turun naik dan turun.. sampai berapa kali ku pon dh tak pasti… sabar je la...akn ku gagahi jua untuk terus ke sana .
Pada pukul 6 petang kami tiba di destinasi hari pertama... yihAaaaa ...!!! akhirnya ~ lalala Kami mendaki bukit berbatu yang membentuk gua menjadi tempat penginapan kami.Gua Azan, begitulah nama yang diberi oleh segelintir pandaki yang pernah ke sini. Tempat ini sesuai dijadikan tempat bermalam kerana kering, terlindung dari hujan dan sinaran terik matahari. Keadaannya juga gelap dan dingin. Berhampiran kawasan ini juga ada sebatang anak sungai yang mengalir jernih. selepas dh lega berehat, kami pergi ke water source berdekatan utk membersihkan diri dan salin baju tidor and solat jamak asar + zohor.. terus smbung tuk solat maghrib…siap sedia masak semua( hari ni bdk laki group kitorng yg masak ~ hee seronoknye x yah mask haha ) kami semua makan malam sambil bercerita…selpas makkn nasik bedal biskut plk cicah air kopi.. sambil borak + mask nasik tuk esok ~ aku amik bhgn jg pndgr setia jah~ yg laim masing2 dok bercrita .. tapi ramai pulak kawan2 yg laim sudah tidor…tgl kitorng je dok borak2 .. ( serasi katakn hahaha) lepas dh berkemas, kami mencari lah tempat tidor masing2… isk isk… ku tidor tepiiiiiiiiii batu…. erkk erkk.. erkk.. sejukkssss…. sangat sejukk… rasanya malam tuh buat pertama kalinya ku tidur tak bergerak2 dan sopan jek …almaklumlah.. ku risau kalau ku silap gerak, ku terhantuk….. nak wat canner, tanah tak rata tp bgun kesokkan harinya kepala aku sakit..mmg sah samlm aku terhantuk hohoho nyenyak giler tido smpai kepala terhantuk pun x terasa hahaha
Dalam jam 6 pagi, ku bangun tuk solat subuh dan bergerak ke belakang untuk melihat kalu ada ape2 yang boleh di tolong di dapur belakang..tgk2 akmal ngn otai da siap msk..siap bancuh air kopi da ~ hohoho ni bwt kitorng sayang ni hahaha ape lagi..bedal je la hehe hari ni kitorng bersarapan ngn sambal bilis ngn nasik putih..aku makan sikit je pg ni..x selera kot..jrng sgt mkn pagi huuhu selepas sumer siap bersarapan, kemas barang2 + bergambar2 kenangan di gua azan..kami bertolak menuju ke puncak batu putih dalm kol 10 pagi..dalam semua hati kami masing2 membawa misi untuk menawan puncak batu putih ~hohoho tunggulah ketibaan kami~ masing2 masih kagi dalm mood ceria jadi masih bersemangat mahu naik puncak yihaaaa!!! Pendakian hari ini jauh lebih mudah dari semalam.( agak santai…yerklah.. awal2 bulih lah santai yerk ehehhe… tapi jalan agak menaik jugak kot.. ( eh ku sudah lupa camner jalannye..).. selepas setengah jam berjalan kot, kami tiba di persimpangan antara trek dr kem balak….. kiranya untuk sesiapa yang tidak tidur di gua azan, di sini lah simpang di mana trek kem balak bertemu.. ehehhe…. dekat simpang tuh, atas cadangan uteh yang budiman, kami meninggalkan barang2 yang tak diperlukan contohnya baju basah..hek2, Suhu yang dicatatkan pada pagi ini ialah 18oCelcius, sejuk tetapi menyegarkan. Kami menyusuri denai hutan dalam hutan montane, hutan tanah tinggi yang sinonim dengan pokok-pokok renek dan pelbagai spesis lumut. Pokok berkayu yang kerap ditemui di sini antara lainnya adalah Leptospermum flavenscens
kami meneruskan perjalanan… lama kelamaan, barulah kami tiba di kawasan2 yang menduga kekuatan mental dan fizikal ahhahaha..banyak bahagian2 panjat memanjat kat sini…paling ku mati kutu bila sampai ke satu kawasan batu besaarrrrrrrrrrrrrrrrrr yang mana ku tak tahu nak panjat macam mana dah… uhuhuhuhu…wwaaaa…. Kami kemudiannya memanjat tangga yang diperbuat dari kayu yang berikat tali bersebelahan dengan jurang yang dalam. Kadang-kala kami berjalan di celah-celah batu besar. Setelah berhempas pulas,akhirnya kami tiba di sebuah kawasan lapang berhampiran dengan Gunung Batu Kak (45 minit selepas meninggalkan Gua Azan) .….cam ala2 puncak.. tapi kecik je kawasan tuh….ku panggil kawasan tuh puncak tipuuuu… ehehehe… walaupun kami tahu jauh lagik perjalanan nk sampai puncak betol, tapi masa tiba je kat puncak tipu nih, macam gembira seketika… ehehhe.. sempat layan view… sempat duduk minum air kejap… sempat bergambar sakan… ehehhe.. kira2 memang sempat lah wat ektibiti macam orang yang sampai puncak ahahaha…. dari situ jugak kami boleh nampak arah tuju yang kami nk pergi… puncak batu putih…. hooooooooo… dari lokasi tuh, jauh je lagik nak sampai puncaknye… sebab kami di seberang, dan destinasi puncak, ade kat seberang satu lagik… woooo woooo…… mentenn…. mental kene jaga aaahhah
Kami tidak melepas peluang untuk mendaki gunung batu kak..alahai susah giler nk naik ke sana..kene panjat tangga kayu yang sudah reput dengan mengunakan tali...alhamdullilah semua selamat sampai ke puncak gunung batu kak..semapt bergambar dengan view yang sangat indah..hohoho di atas puncak ini kami dapat melihat bangunana2 yang ada di sana~ agak2 bandar2 kat area tapah kot hahah~
Lepas bergembira ala2 sampai puncak, kami pon meneruskan perjalanan…perjalanan menuju puncak lebih banyak jalan turun naik, panjat memanjat, lumpur berlumpur…. macammm suatu gunung yang ku kenali.. gunung irau ahahaha…. bila jalan menuju puncak nih, macam teringat jalan kat gunung irau.. walaupun sebenarnya ingatan irau pon samar2 jugak sebab irau ku lawati tahun lepas , tapi trek menuju ke puncak memanglah mirip2 irau… dengan basah berlumpur nya… trek yang macam ni, tak penat sangat sebenarnye.. sebab naik turun.. so tade aa naik je manjang… pada pukul 1 tengah hari kami pun meneruskan perjalanan..jalan dan terus berjalan….. lalalala… sampai lah akhirnya kami ke simpang untuk turun ke last water point sebelum sampai puncak…rasanya kami sampai ke simpang tuh kira2 jam 3 petang…maka kami memulakan aktivit memesak bihun tak lupa air kopi ngeh3 .. ~lunch mkn bihun je wey~haha.. sempat masak nasik tuk mlm nii la lalala.. masa kat sini, sempat lah ku berehat kejap.. sementara menunggu kawan2 yang turun amik air…ade yang turun sampai tergelincir.. kesiann…..memang betol lah agaknya kenapa last waterpoint tuh orang panggil “air terjun nak terbunuh”.. agaknya susah jalan nk ke bawah tuh.. eheheh… aku sempat menurunkan diri ke water point itu separuh jalan je..sebab budak group aku da naik da .. masa sedang menunggu kawan2 mengambil air kt bawah tuu.. ku dh mula rasa sejukkkkk.. yer lah, bila dh berhenti berjalan, angin pon dingin je rasa.. isk isk…dalam kol 4.30 kitorang meneruskan pendakian .. jalan dan jalan sambil hatiku bising2 dok membisik sejukkkkk…bila dah lama sikit berjalan, barulah hilang sikit rasa sejuk tuh… jalan lagik…mental masih kuat masa nih… bila dah nak dekat2 puncak, trek lebih banyak kepada lumpur…. memang masa nih trip bajakkk tak hengattt…. habis tanah lumpur semua kene gembur ehehehheh .. tape.. masih berjalan sambil menyanyi perlahan ahhaahha…tapi masa ni lebih kepada senyap melayan perasaan sendiri..akmal x habis2 menyakat aku..sepanjang perjalan aku ke puncak..dia la peneman dan penghibur hahaha walaupun hati da bengang dengan kepala nya yang tak berapa betul tuu..aku layan je laa hahaha hilang sikit rasa letih niii...nampak langit semakin gelap..hawa sejuk semakin terasa..hujan renyai2 mula membasahi bumi..ohh tidakk hujan semakin lebat.. getus hatiku yg kecik molek ini..ku teruskan jua pendakian ini..akhirnya aku sampai di puncak kira2 dalam pukul 6.30 petang..hoRReyyyy akhirnya aku berjaya menawan puncak GUNUNG BATU PUTIH ~ aku berjaya mencatat sejarah pendakian gunung dalam hidupku..mendaki gunung yang tertinngi setakat ini.. heheheh~
Puncak Batu Putih adalah luas dan boleh dikatakan rata. Kawasan puncak ini sememangnya sesuai dijadikan tapak perkhemahan yang boleh menampung 30 pendaki pada satu-satu masa. Pemandangan di sekeliling juga indah dan kadang-kala berkabus tebal dengan tiupan angina kencang.
Hujan semakin lebat..angin bertiup kencang..sekali sakla fly kitorng berterbangan tapi sempat diselamatkan .. dingin puncak mula meresap tulang belulang dan segenap sendi sampai tulung sum2 hitam eheheh..maka bergegas lah kami bertukar ke pakaian bersih… oleh kerana tiada punca air di kawasan puncak, maka ektibiti pembersihan berlaku secara ala kadar … wet tissue untuk kaki yang hitam di salut lumpurr… ada rakan2 yang dah mula memasak makanan malam……. sementara menunggu makan malam, kami mengadakan sessi ramah mesra… ehehheh.. masa nih lah baru kenal sikit2 nama kawan2 sekalian…
selesai sessi berkenalan, masing2 menghulur bekas makanan untuk makan malam…selesai makan, semua orang tiduuurrrr….. ade yang sambung buat ektibiti berbual dan sebagainya…. errkkk.. sejukkkk…. di tambah pulak dengan sejuk malam di puncak...tapi paling sejuk adalah kakiiiii…ehhehe.. malam tu aku tidur nyenyak giler hahahaha... ….hujan masih tak berhenti lagi..sepanjang di perkehmahan ini..aku terpaksa belajar untuk tidur awal hahha~ pukul 9.30 masa yang paling awal untuk aku tido…penat punya pasal..terlelap juga akhirnya hoohohoo
Ahad 13 mac 2011 – Hari Ketiga.. Perjalanan 2 hari utk naik di packkan jadi 1 hari utk turun…
Terdengar bunyi orang berdeham..maka tersedarlah aku dari mimpi indah..ouch da pukul enam..pagi masih gelap..tambah2 bahana sejuknye masih lagi terasa huhuhu ini yang menyebabkan aku bertmabh liat tuk keluar dari sleepping beg hohoho tapi aku usaha jgk keluar demi menunaiakn hajat yang ku than dari samalam hahahaha selepas selesai membuat urusan berus gigi..kami sempat menikmati sunrise di sebelah ufuk timur bersalut kepulan gula2 kapas awan putih..ohh sungguh indah dan cimell..di sebelah ufuk barat pulak..terhmapar lautan gunung ganang yang membiru ..subhanAllah maha suci allah..sungguh agung ciptaanmMu...(T_T).
Selepas menikmati sunrise seketika..bersiap sedia untuk menyiapkan breakfast yg terakhit..pg ni group kami makan nasik putih dengan ayam kicap.. uhuuu sedapp selpas semua selasai bersarapan + mengemas barang2 ..sesi bergambar di puncal x akan dilupakan..bukti di puncak adalah BEIRUT BATU PUTIH hahaha.
Selesai bergambar, semua pon bergerak lah turun….. Hooooo… Di siang hari , barulah jelas kelihatan trek2 yang di bajak di malam hari eheheh… Basah dan berlubang2 kami kerjakan…eheheheh…..tp aku berpeluang menikmati tapak kaki sang belang..!! ouchh tidak ku sangak besarnya.. kebnyakan di kalangan kami tak perasan tapak kaki tersebut ~ kiranye aku bertuah laa yeee hehehe..
Di awal perjalanan, masih sedikit gembira… sebab memikirkan sudah mahu pulang….Tetapi, bila sudah berjalan turun da berjalan dan berjalan, kaki ku sudah mula rasa sakit… specifically, ibu jariku sudah mula rasa sakit…. huhuhuhu… pada awalnya masih menahan sakit… sambil melafazkan kata semangat pada diri yang suda mntal hooo… macam2 ayat keluar sambil cuba menyedapkan hati sendiri yang perjalanan pulang akan lebih cepat dari perjalanan datang…
sampai satu tahap, kaki ku sudah mula rasa sangat pedihh…. howaaa….. masa nih masih cuba untuk tidak menunjukkan kesakitan… mata hati sudah mula berair… uhuk uhuk.. hahaha ade ker??….. gara tertukar kasut dengan member..inilah padahnya..kesakitan yang amat sangat terpaksa ku telan huuuhu sampai di tengah jalan..beg pula buat hal..aduii jgn la putus sayang.. x moo la aku dukung beg sebalah bahu..siksa jiwa maa,, huhu sabar2!!! Ujian baru sikit je tuu...~ kepala da abis pikir cmne nm bwt nii..akhirnya ak terpksa la jua bgta kt en saiful... last2 kak wa ei yng tlg ikatkan..kirenya ak duduk di barisan belakang jgk la hahaha sakit kaki punya pasal lalala
Jalan dan jalan.. jalan dan jalan… wah jauhnyeeee….bila nak sampai puncak tipu nih…. huhuhuhu.. jalan dan jalan lagik….akhirnya sampai jugak ke puncak tipu… di situ kami semua berhenti berehat, hooo…. masih senyap…. (layan perasaan…).. lepas puncak tipu (ini bukan nama sebenar tempat ini… ku je yang panggil puncak tipu….), kami tibalah di kawasan batu besar … untuk turun dari batu besar itu jugak, masih cuak…dangan tangga yang suda reput tanpa bertali.. cuba jua untuk turun..selepas kawasan batu besar, (berdekatan dengan puncak Batu Kak), aktiviti memanjat turun sudah bermula…(macam manalah ku panjat semalam…)..
sampai di satu kawasan yang bertangga kayu, (tangga buatan untuk membantu pemanjatan), di dapati ikatan kayu sudah agak longgar… huhuhuhu..
turun dan turun dan turun….bila kami tiba di simpang untuk turun ke kem balak..rehat sekejap ( tempat untuk menigglkan barang selpas dari gua azan) …Jalan turun dari simpang menuju ke pengkalan balak boleh di katakan agak bahagia, sebab jalannya adalah jalan menurun biasa… wahhh.. kalau tak tidur di gua azan, maka jalan ini lah yang kami lalui untuk naik puncak dari kem balak…. selepas aksi orang belakang memecut, ku meneruskan perjalanan lagi… hohoho…johari jalan di belakang ku… rajin plak si joe ni berbual, ku layankan aje… tenang sket kaki bila trekking sambil berbual ahahha.. Perjalanan di teruskan.. Hati sedikit gembira sebab jalan rata menurun, takde lumpur dan batu eeheheh...sekali sekla ku berjala kai ayam.. tak berkasut..sakit kaki maa..walaupom aku ditegur..ak pakai kejap je ~ mmg jns kpla x makn saman la hahaha~ jalan dan erus berjalan dan akhirnya kami tiba di water source… tak jauh dari situ ada kem balak 2 wahh.. sronoknye… tiba di sana, ahli group aku da siap masak meehun segeraa…. Hahah aku orang paling last sampai dalm group ni hek3 …. nikmat makan meehun panas bila perut tgh berkeroncong sambil membedal kopi haha …
Selepas semua sudah bersiap sedia kira2 kol 4 ptg , kami meneruskan perjalan…huhuhu… jauh lagik perjalanan ni, masing2 layang trek secara senyap .. Trek sudah licin hasil basuhan hujan semalam sambil kaki yg tengah meraung kesakitan huuu …. uhuhuhu… jalan dan jalan.. sesekali ku jatuh tergelincir… Gelakk…. Jalan dan jalan lagik…… bedebuk…. jatuh macam nangka busuk…. huhuhu.. masih gelak… sampai ke jatuhan yang keberapa, ku udah mula mental….Jalan sudah semakin perlahan… sebab risau nak jatuh lagik … teman2 kat belakang sudah rapat…. Haiyaa kaki sakit mengelepur da nii.. nak x nk aku buka kasut..waa nikmat giler terase bila kaki dapt bernyawa sekli sekla hahaha
jalan lagik…tp masih terlalu perlahan… (howaaa… kenapa perlahan sangat ku jalan nih… Selalunye perjakanan turun ku, tidak pernah seperlahan ini… selalunye perjalanan turun yang ku ambil, mesti separuh dari masa ku naik.. tapi kenapa hari ni sangat perlahannnnnn ..jalan dan jalan, kami tiba di kawasan anak sungai…hujan yang turun sebelumnya, membuatkan sungai yang kecil, sudah melebar… sudah turun, ku menanti rakan2 lain di atas trek berair… uuuu.. sedapnya cuci2 kaki, basuh2 muka dengan air sejukk…… selesai semua turun dari atas, mulalah aktiviti cuak …. kami menyusur tebing sempit berukuran 2 tapak kaki agaknya… “rapatkan badan ke dinding…” pesan uteh. ku anggukkan aje.. wahhaa… cuakk….jalan lagik…huuu… lepas satu bahagian yang mencuakkan… ….
Lepas dari kawasan itu, kami meredah poko2 buluh di sekitar sungai sambil bertemankan ‘’pacat’’ yang berkeliaran di sepanjang terk huu, jalan dan jalan dan jalannn….dan akhirnya kami sampai di sungai yang mana tempat kami meredah sungai pada hari pertama.. setibanya aku di sana ..akmal suda mula melambai2 kan tangan tanda menyambut kedatnga kami yang agk terkebelakang..hati mula berbunga ceria.. ini menandakan kami hampir tiba di kuala woh..hohoo selepas merntasi sg .kami meneruskan perjalanan....jalan dan terus berjalan sesekli tersermpak denagn penduudk asli di kawsan ini danakhirnya, kami tiba di starting point… wahaaaaaaa….. Ku mula trekking pada jam 10 pagi, dan tiba semula di starting point (kuala woh) pada jam 7 ptg ..berikutnya ini adalah Rekod on track paling lama…sepanjang pendakian gunung setakt in hahaha terima kasihhhhh.. terima kasih… yang menunggu di belakang ku…. berjalan seiring dengan prinsip ala2 kura2 gitu… “ biar lambat asl selamat” hahaha…
Selesai berehat seketika,kami diangkut dengan hillux..ni pengalaman pertama aku menaikki hillux dari kuala koh ke tempat bus yang menunggu kami selam 40 minit..melayan karenah akmal yang mulutnye bising macm murai menghilangkn segala penat yang ada..hahaha setelah sampai di sana..aku terus sambung berehat di dalm bus sambil menunggu member2 yang laim ..karenah si akmal semakin menjadi2 bila dia asyik mengenakan aku.. hahaha tp menghiburkan...layan ke la budak bawah umur nii hahaha
Kira2 jam agakny9.30 mlm, kami bergerak menuju ke RnR Tapah untuk membersih diri dan mengisi perut …Selesai membersihkan diri, mandi manda dan makan, kami bertolak ke upm pada pukul 11.30 mlm…semua tido nyenyak di dalam bus..huhu penat beb.. dan sampai di sana dalam pukul 2.00 pagi ohoho sakit = kejang kaki mula tersa..nk berjlan pon macm robot da... perlahan x yah cakap la..huuhu terik segala urat di bhgn betis aku nii aiyaa macm orng bersalin la plak hahaha setelah selesai ektiviti pemulangan barang..sabri n nazim datng mengambil kiteorng. Sepanjang pulang ke akasia..aku lebih selesa melayan mata hahaha ZZzzzZz dalm kol 3.3o pagi kitorang sampai kat asrama..dan ape yang penting sambung tidOoo hohooho
*sources: amelinqistina-travelog hamba-*