Bismillahirrahmanirrahim...
Al-Qur'an telah menjelaskan fungsi geologi gunung-gunung yang sangat penting. Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk. (Surah al-Anbiya; 31) Seperti yang telah kita lihat, dalam ayat di atas bahawa gunung-gunung mempunyai fungsi untuk mengelakkan gegaran pada bumi. Fakta ini tidak diketahui oleh sesiapapun ketika Al-Qur'an diturunkan. Ianya menjadi satu fakta yang hanya diketahui hari ini selepas penemuan dalam bidang geologi moden. Berdasarkan kepada penemuan ini, gunung ganang telah timbul sebagai hasil pergerakan dan perlanggaran lapisan besar yang membentuk kerak bumi, apabila dua lapisan bertembung, rempuhan lapisan yang kuat akan tergelongsor di bawah lapisan yang satu lagi yang terangkat ke atas, yang mana seterusnya melengkung dan membentuk kawasan tinggi dan gunung-ganang. Lapisan bawah itu akan terus ke dasar bumi dan membentuk ketegangan di bahagian bawah. Ini bermakna pergunungan mempunyai bahagian yang memanjang ke bawah, sama besar dengan bahagian atasnya yang menonjol keluar ke atas permukaan bumi. Dalam sebuah teks saintifik, struktur gunung-ganang diterangkan seperti berikut. Di kawasan benua lebih tebal, di perbanjaran gunung, kerak lebih jauh ke dasar mantel. Di dalam Al-Qur'an peranan gunung ganang itu dibandingan dengan 'pasak'. Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pasak?. (Surah an-Naba; 6-7) Gunung ganang dalam erti kata lain, mengenggam lapisan pada kerak bumi bersama-sama melalui satu 'pancang' yang memanjang dari atas ke bawah permukaan bumi sekaligus menghubungkan semua lapisan-lapisan di dalam bumi ini. Melalui cara ini, ianya menetapkan kedudukan kerak bumi dan menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung bersama-sama dengan lapisan lain. Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama. Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusateraan saintifik dengan istilah "isostasy".Definisi isostasy; Keseimbangan umum kerak bumi yang dikekalkan oleh satu kandungan material batu-batan di bawah permukaan di bawah tekanan graviti. Peranan penting gunung-ganang ini adalah penemuan hasil kajian dalam bidang geologi moden dan kajian gempa bumi, sebenarnya telah dijelaskan dalam Al-Qur'an berabad lalu sebagai lambang kebijaksanaan Tuhan. Dalam ayat lain Al-Qur'an menyebut; dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu… (Surah Luqman;10)
PERGERAKAN GUNUNG-GANANG
Dalam sebaris ayat, kita telah dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan.
Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan.Surah an-Naml;88. Pergerakan gunung-ganang ini adalah disebabkan oleh gerakan dalam kerak bumi di mana ia terletak. Kerak bumi 'terapung' di atas lapisan mantel, yang lebih padat. Pada awal kurun ke 20, pertama kali dalam sejarah apabila seorang saintis jerman bermana Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang berbeza-beza, dan akhirnya terpisah ketika bergerak menjauhi antara satu sama lain. Pakar geologi baru hari ini menyedari bahawa Wegener sebenarnya adalah benar ketika mengemukakan fakta ini pada tahun 1980 an, 50 tahun selepas kematiannya. Seperti yang dinyatakan oleh Wegener dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1915, daratan bumi terbentuk dalam satu gugusan daratan 500 juta tahun lalu, dan daratan besar ini yang dipanggil Pangaea, terletak di kutub selatan. Melalui anggaran, 80 juta tahun lalu, Pangaea terbahagi kepada dua bahagian yang hanyut dalam arah yang berbeza. Satu dari benua gergasi ini ialah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Bahagian yang satu lagi dipanggil Laurasia yang meliputi Eropah, Amerika utara dan Asia kecuali India. Lebih dari 150 juta tahun selepas pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia berpecah kepada bahagian yang lebih kecil. Semua benua ini yang timbul selepas penghayutan dataran Pangaea, bergerak secara konstan di permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun, pada masa yang sama menyebabkan perubahan keseimbangan laut dan darat di bumi. Ditemui sebagai satu hasil kajian geologikal yang dijalankan pada awal abad ke 20, pergerakan kerak bumi ini dijelaskan oleh saintis sebagai berikut; Kerak dan bahagian atas mantel, dengan ketebalan hampir 100 kilometer, terbahagi kepada beberapa segmen dipanggil daratan. Terdapat enam daratan besar dan beberapa daratan kecil. Berdasarkan kepada teori dipangil 'tektonik daratan', daratan ini bergerak berpusing permukaan bumi, dengan membawa benua-benua dan lantai lautan bersamanya….pergerakan benua telah disukat pada kadar 1-5 sentimeter per tahun. Pergerakan daratan yang berterusan ini akan mengubah sedikit demi sedikit kedudukan geografi dunia. Setiap tahun, sebagai contoh, lautan Atlantik menjadi sedikit lebih luas. Di sana harus dinyatakan beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai satu gerakan 'penghanyutan' dalam ayat tersebut. Hari ini, saintis moden juga menggunakan istilah "hanyutan benua' untuk fenomena ini. Suatu yang tidak diragui ialah satu dari keajaiban Al-Qur'an ialah fakta saintifik ini yang baru diketahui baru-baru ini melalui bidang sains, telah pun dikhabarkan dalam Al-Qur'an.
KEAJAIBAN DALAM BESI
Besi adalah satu unsur yang disebutkan dalam Al-Qur'an dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi, kita dikhabarkan; ....Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia....Surah al-Hadid;25. Perkataan 'diturunkan' khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas difikirkan mempunyai satu pengertian metaforik untuk menerangkan bahawa besi diberikan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud 'secara fizikal diturunkan dari luar angkasa', kita menyedari bahawa ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan. Ini adalah kerana penemuan astronomi moden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa. Unsur-unsur berat dalam alam semesta adalah dihasilkan di dalam nuklid bintang besar. Sistem solar kita, bagaimanapun, tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan dalam bintang yang lebih besar daripada matahari, di mana suhu mencecah beratus juta darjah. Apabila amaun besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak dapat lagi menampungnya, dan akhirnya ia meletup dalam satu letupan yang dipanggil 'nova' atau 'supernova'. Sebagai satu hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta, dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala. Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dihasilkan di dalam bumi, tetapi dibawa dari bintang-bintang yang meletup dalam angkasa melalui meteor, dan telah 'diturunkan ke dalam bumi'. Dalam cara yang persis dengan apa yang dinyatakan dalam ayat; ianya jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara saintifik dalam abad ke, ketika Al-Qur'an diwahyukan. |