Monday, October 3, 2011

Malaysia Vs Kejatuhan Ekonomi


Daripada Ma’qil bin Yasar ra. berkata,
Rasulullah saw. bersabda:
"Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) 
adalah seperti berhijrah kepadaku."
[HR. Imam Muslim, dari kitab 42 Hadis Peristiwa Akhir Zaman]
[yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)]

Saya & kawan2 selalu berdamping dengan Sheikh Imran Hosein setiap bulan.
Dan saya seorang yang berminat dengan bukunya yang pelik & misteri, 
tapi yang lebih herannya,
hasil kajian Sheikh tak ambik pot oleh kebanyakan ulamak2 sekeliling kita.
Lebih misteri lagi ialah,
takde seorang ulamak atau Mufti pun yang halang dakwah Sheikh Imran.
Nak tau sebab apa?
Sebab kata2 Sheikh semua jadik 100%.
Maknanya apa? Dajjal, Imam Mahdi, & Nabi Isa (is around the corner)
Tasik Galilee pun makin kering, ekonomi dah ada tanda2 nak jatuh, dll lagi.


Saya mohon semua yang membaca,
supaya ambil perhatian pada perkara yang saya nak perkatakan.
Keadaan ekonomi sekarang ialah seperti penyakit barah yang semakin merebak, 
anda tak boleh membiarkannya tanpa berbuat apa-apa,
dan berharap penyakit itu akan sembuh dengan sendirinya, 
ini tak akan berlaku"


Wahai pembaca budiman.
Anda mesti bertindak dan bersedia 
sebelum barah jadi terlalu parah dan ketika sudah terlambat untuk berbuat apa-apa.
Bertindak dan bersedialah, 
kerana masa sudah semakin suntuk.
Ini bukan masanya untuk berharap suatu yang mustahil, 
berharap kerajaan akan dapat mengatasi krisis ekonomi ini.
Kerana bukan kerajaan yang menguasai dunia (ekonomi), 
yang menguasai dunia (ekonomi) ialah Goldman Sachs"
Goldman Sachs tak peduli mengenai usaha menyelamatkan dunia (ekonomi).


FAKTA DARI ORANG MISTERI:
Saya sebenarnya mahu kongsikan kebaikan dengan anda semua, 
anda boleh kurangkan kesengsaraan yang akan ditanggung nanti; 
bertindaklah sekarang juga dengan melindungi aset dan simpanan anda"
Kerana dalam masa 12 bulan ini, 
mengikut jangkaan saya, 
akan berlaku keadaan dimana harta simpanan berjuta-juta orang akan hilang begitu sahaja,
terus terang saya cakap kajian Dinar Emas yang taksub tapi benar tu dah betul."
dan keadaan yang teruk ini hanya PERMULAAN sahaja 
berbanding dengan apa yang akan berlaku seterusnya"
Saya ulang amaran saya sebentar tadi, 
bertindak dan bersedialah bermula sekarang ini juga - 
kerana tindakan anda yang paling berisiko seterusnya setelah dengar amaran saya ini ialah 
bila anda duduk diam tak berbuat apa-apa"


KOMEN DARI ORANG MISTERI:
Goldman Sachs adalah Pembuat Keputusan Ekonomi Amerika
1)
Apakah kerajaan Malaysia tidak sedar bahawa
kejatuhan ekonomi Amerika pada September 2008
yang bermula dengan Lehman Brothers adalah
perancangan Goldman Sachs di Amerika?


2)
Apakah profesor-profesor ekonomi di IPT-IPT di
Malaysia tidak meneliti laporan-laporan audit dan
kenyataan-kenyataan billionaire-billionaire Yahudi
dalam Bloomberg, CNN, CBS dan forum-forum
ekonomi antarabangsa?


3)
Apakah penganalisis-penganalisis yang dijemput
berceramah dalam forum-forum ekonomi dalam
televisyen tidak sedar bahawa Timothy Geithner
(bekas Pengerusi Federal Reserve Bank) 
adalah orang suruhan Goldman Sachs?


4)
Adakah mereka-mereka di atas tidak sedar bahawa
bank paling kaya di dunia adalah Goldman Sachs
bukannya bank-bank di China, Jepun dan Eropah
seperti yang diwar-warkan oleh Majalah Forbes?


5)
Adakah mereka-mereka di atas juga tidak sedar
bahawa maksud ‘kekayaan’ yang sebenar bukannya
dinilai pada carta top ten keluaran majalah Forbes
tetapi ia bermaksud ‘Siapa Paling Berkuasa”?


6)
Lloyd C. Blankfein (Goldman Sachs), 
Kenneth Chenault (American Express Group), 
Kenneth Lewis (Bank of America),
Ed Yingling (Presiden Persatuan Bank-Bank Amerika).


Keempat-empat orang di atas adalah individu yang
bertanggungjawab melobi kemenangan Barrack Obama 
sehingga menjadi presiden dan akhirnya
Obama akan mengikut plan ekonomi yang diputuskan
oleh empat Yahudi ini dalam waktu-waktu yang
dirancang.


semoga kita berwaspada ttg fitnah dajal akhir zaman....
Simpanlah beras banyak, tanah dah cari belum ?
Wassalam.

sources by: Penternak Dirham (FB)

Thursday, September 1, 2011

sElamAt hARi RaYa AidiLfiTri



Bismillahirrahmanirrahim....

Selamat menyambut Hari Raya AidilFitri buat semua saudara2ku di seluruh pelusuk dunia..buat warga Malaysia Selamat Hari Merdeka + Selamat menyambut hari Malaysia...:)...Syukur Alhamdulillah kita masih lagi dikurniakan nikmat usia utk menyambut "Hari2" yg bahagia ini. Buat diriku dan family, raya tahun ni disambut sederhana tp agak meriah sbb tidak pulang ke kampung...seperti biasa selepas selesai sembahyang raya, kami sekeluarga akan menziarah pusara ayahanda tercinta...kemudian makan bersama family...pastu bermulalah aktiviti ziarah2..huhu..tp raya pertama tahun ni aku x berziarah sgt sbb kepenatan...raya ke-2 barulah plan2 nk p jalan2 umah shbat handai...raya org 'tua' sekarang mane la nk bez jika nk dibandngkan dgn kanak2....sesungguhnya aku ingin merasai suasana beraya di kampung yang indah nan permai..huhu...
ok la..nak bersiap2 nk p raye daaa ni...SELAMAT HARI RAYA+MAAF ZAHIR & BATIN...

selamat hari raya aidilfitri 2011




SeLaMaT HaRi RaYa AidiLfitrI




Thursday, July 14, 2011

Trip Berinchang-Irau-Cameron Highland (PART 1)

RE.SUKAN 10/11

'Perjumpaan akan diadakan  di DKP2 pd pukul 5 ptg ni. Harap Maklum'..sms  dari en.Shah Joe (Exco RE) yg telah di'edit'kan. Perjumpaan pd ptg itu telah 'mencipta' program yg berjaya memahatkan memori indah pd setiap peserta…huhu…maka bermulalah kerjaan RE utk mencari  peserta2…urusan lain smua En.Shah (Exco ktrg plg rajim+macho) yg akan urus..huhu..Misi Pendakian Gunung BERINCHANG.. walaupum dah lama berlalu, namun setiap detik yg telah berlalu akan mmbuat para peserta tersenyum sendirian jika mengenangkan kembali ketika bersama..huhu..program ini mmg berjaya mengeratkan 'ukhuwah' sesama peserta.


sign board ni kat camp site
 "pencawang"
gunung berinchang
Info:Gunung Brinchang adalah gunung yg ke2 tertinggi kat Pahang selepas Gunung Irau dengan ketinggian 2000m.For more detail rajim2kan refer kat http://j-travel.blogspot.com/2009/11/mount-gunung-brinchang-lookout-tower.html, http://www.cameronhighland.net/gunung-brinchang.htm, http://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/index.htm 



Masa  perjumpaan ptg  tu  mcm excited sgt bila en.shah nk buat program ini sbb dah lama aku nak merasai berkhemah dlm hutan…masa kat sekolah rendah & menengah aku tidak berpeluang sbb aku hanya aktif sukan..tambahan pula sekolah agama tiada sukan or program lasak..inilah peluang yg di tunggu2..huhu…pd thn 2009 aku join trip senior panjat gunung angsi hanya satu hari, tidak bermalam dipuncak…juz dpt experience panjat gunung je la..tiada experience bermalam dlm khemah..huhu..

Puncak Gunung Berinchang..:)

Program ini collaboration antara MPP & BTN dan En.Sabri MJ ( pembantu setia En.Shah)…huhu….sebelum bertolak, En.Shaiful (wakil BTN) datang utk beri sedikit taklimat sepanjang pendakian Berinchang  dan ape yg perlu dibawa & x perlu dibawa..kat bwh ni tentatif ringkas program ni:


21.10.10 :@10pm Berkumpul dikampus utk pembahagian grup &brg+ration….@12 lebih bertolak dr kampus.
22.10.10:@4am sampai kat pekan berinchang (solat subuh+breakfast+packing2 brg+warming up+taklimat)
                @10am memulakan perjalanan menuju ke kaki gunung berinchang
                @1pm tiba di camp site Gunung Berinchang (berehat+makan+gameshow)
                @5pm menuju ke tmpt perkhemahan (psg khemah+solat+siap2 nak mkn)
                @9pm(makan+tidur)
23.10.10:@5a.m (solat subuh+siap2 nk breakfast)
                @9am(warming up+taklimat+pendakian ke Puncak Irau)
                @11am(tiba puncak botak+berehat+minum & chit chat)
                @11.30am (sampai ke puncak Irau)
                @12.30pm( turun ke camp site)
                @4pm(da sampai kat khemah+ready for solat & makan)
                @9pm(makan+gameshow+aktiviti  bebas)
24.10.10:@5am (solat+ready breakfast+packing brg & khemah)
                @10.30pm(bertolak turun ke pekan berinchang melalui ladang2 teh)
                @2pm(bertolak ke USIM)
                @11pm(sampai kat kolej kediaman msg2)

Nantikan kisah2 & gambar suka+duka+komedi sepanjang pendakian dalam PART 2...:)

geng gunung berinchang USIM
"tERcipTA mEm0ri+tErpahAt diFikiraN+seNtiasa diHati"
i Will nEveR fOrget ForEver



*semua gambar adalah hak cipta terpelihara*
credit to our photographer Hazimin+mZe+Hafiz+SyAm+Tirah+AiNa+Zeti


Friday, July 8, 2011

PERGERAKAN GUNUNG-GANANG-HARUN YAHYA


Bismillahirrahmanirrahim...


Al-Qur'an telah menjelaskan fungsi geologi gunung-gunung yang sangat penting.
Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk. (Surah al-Anbiya; 31)
Seperti yang telah kita lihat, dalam ayat di atas bahawa gunung-gunung mempunyai fungsi untuk mengelakkan gegaran pada bumi.
Fakta ini tidak diketahui oleh sesiapapun ketika Al-Qur'an diturunkan. Ianya menjadi satu fakta yang hanya diketahui hari ini selepas penemuan dalam bidang geologi moden.
Berdasarkan kepada penemuan ini, gunung ganang telah timbul sebagai hasil pergerakan dan perlanggaran lapisan besar yang membentuk kerak bumi, apabila dua lapisan bertembung, rempuhan lapisan yang kuat akan tergelongsor di bawah lapisan yang satu lagi yang terangkat ke atas, yang mana seterusnya melengkung dan membentuk kawasan tinggi dan gunung-ganang. Lapisan bawah itu akan terus ke dasar bumi dan membentuk ketegangan di bahagian bawah. Ini bermakna pergunungan mempunyai bahagian yang memanjang ke bawah, sama besar dengan bahagian atasnya yang menonjol keluar ke atas permukaan bumi.
Dalam sebuah teks saintifik, struktur gunung-ganang diterangkan seperti berikut.
Di kawasan benua lebih tebal, di perbanjaran gunung, kerak lebih jauh ke dasar mantel.
Di dalam Al-Qur'an peranan gunung ganang itu dibandingan dengan 'pasak'.
Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pasak?. (Surah an-Naba; 6-7)
Gunung ganang dalam erti kata lain, mengenggam lapisan pada kerak bumi bersama-sama melalui satu 'pancang' yang memanjang dari atas ke bawah permukaan bumi sekaligus menghubungkan semua lapisan-lapisan di dalam bumi ini. Melalui cara ini, ianya menetapkan kedudukan kerak bumi dan menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung bersama-sama dengan lapisan lain. Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama.
Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusateraan saintifik dengan istilah "isostasy".Definisi isostasy;
Keseimbangan umum kerak bumi yang dikekalkan oleh satu kandungan material batu-batan di bawah permukaan di bawah tekanan graviti.
Peranan penting gunung-ganang ini adalah penemuan hasil kajian dalam bidang geologi moden dan kajian gempa bumi, sebenarnya telah dijelaskan dalam Al-Qur'an berabad lalu sebagai lambang kebijaksanaan Tuhan. Dalam ayat lain Al-Qur'an menyebut;
dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu… (Surah Luqman;10)

PERGERAKAN GUNUNG-GANANG

Dalam sebaris ayat, kita telah dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan.
Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan.Surah an-Naml;88.
Pergerakan gunung-ganang ini adalah disebabkan oleh gerakan dalam kerak bumi di mana ia terletak. Kerak bumi 'terapung' di atas lapisan mantel, yang lebih padat. Pada awal kurun ke 20, pertama kali dalam sejarah apabila seorang saintis jerman bermana Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang berbeza-beza, dan akhirnya terpisah ketika bergerak menjauhi antara satu sama lain.
Pakar geologi baru hari ini menyedari bahawa Wegener sebenarnya adalah benar ketika mengemukakan fakta ini pada tahun 1980 an, 50 tahun selepas kematiannya. Seperti yang dinyatakan oleh Wegener dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1915, daratan bumi terbentuk dalam satu gugusan daratan 500 juta tahun lalu, dan daratan besar ini yang dipanggil Pangaea, terletak di kutub selatan.
Melalui anggaran, 80 juta tahun lalu, Pangaea terbahagi kepada dua bahagian yang hanyut dalam arah yang berbeza. Satu dari benua gergasi ini ialah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Bahagian yang satu lagi dipanggil Laurasia yang meliputi Eropah, Amerika utara dan Asia kecuali India. Lebih dari 150 juta tahun selepas pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia berpecah kepada bahagian yang lebih kecil.
Semua benua ini yang timbul selepas penghayutan dataran Pangaea, bergerak secara konstan di permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun, pada masa yang sama menyebabkan perubahan keseimbangan laut dan darat di bumi.
Ditemui sebagai satu hasil kajian geologikal yang dijalankan pada awal abad ke 20, pergerakan kerak bumi ini dijelaskan oleh saintis sebagai berikut;
Kerak dan bahagian atas mantel, dengan ketebalan hampir 100 kilometer, terbahagi kepada beberapa segmen dipanggil daratan. Terdapat enam daratan besar dan beberapa daratan kecil. Berdasarkan kepada teori dipangil 'tektonik daratan', daratan ini bergerak berpusing permukaan bumi, dengan membawa benua-benua dan lantai lautan bersamanya….pergerakan benua telah disukat pada kadar 1-5 sentimeter per tahun. Pergerakan daratan yang berterusan ini akan mengubah sedikit demi sedikit kedudukan geografi dunia. Setiap tahun, sebagai contoh, lautan Atlantik menjadi sedikit lebih luas.
Di sana harus dinyatakan beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai satu gerakan 'penghanyutan' dalam ayat tersebut. Hari ini, saintis moden juga menggunakan istilah "hanyutan benua' untuk fenomena ini.
Suatu yang tidak diragui ialah satu dari keajaiban Al-Qur'an ialah fakta saintifik ini yang baru diketahui baru-baru ini melalui bidang sains, telah pun dikhabarkan dalam Al-Qur'an.


KEAJAIBAN DALAM BESI

Besi adalah satu unsur yang disebutkan dalam Al-Qur'an dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi, kita dikhabarkan;
....Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia....Surah al-Hadid;25.
Perkataan 'diturunkan' khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas difikirkan mempunyai satu pengertian metaforik untuk menerangkan bahawa besi diberikan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud 'secara fizikal diturunkan dari luar angkasa', kita menyedari bahawa ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan.
Ini adalah kerana penemuan astronomi moden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa.
Unsur-unsur berat dalam alam semesta adalah dihasilkan di dalam nuklid bintang besar. Sistem solar kita, bagaimanapun, tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan dalam bintang yang lebih besar daripada matahari, di mana suhu mencecah beratus juta darjah. Apabila amaun besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak dapat lagi menampungnya, dan akhirnya ia meletup dalam satu letupan yang dipanggil 'nova' atau 'supernova'. Sebagai satu hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta, dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala.
Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dihasilkan di dalam bumi, tetapi dibawa dari bintang-bintang yang meletup dalam angkasa melalui meteor, dan telah 'diturunkan ke dalam bumi'. Dalam cara yang persis dengan apa yang dinyatakan dalam ayat; ianya jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara saintifik dalam abad ke, ketika Al-Qur'an diwahyukan.
 
p/s: sumber http://www.harunyahya.com/malaysian/keajaiban02.php
*post ni utk "merajinkan" diri ku tuk buat entry pasal memori bersama saim2 mendaki gunung..huhuhu..:)

Tuesday, July 5, 2011

RE '10/11

Aku secara x sengaja terbaca iklan MPP 2010/2011 mencari rakan exco baru, tiba2 mcm terdetik dalam hati ini utk mencuba berada dalam organisasi mpp..huhu…matlamat utama aku adalah nak belajar mcm mana nak organize sesuatu program dibwh HEP USIM n mcm mana procedure2 kalau nk buat pape event kat USIM..bagi aku 'EXPERIENCE' sgt penting kalau kita hendak menjadi org berjaya..so, aku try ajak skali tirah & 'geng' (k.da, k.na, k.tim, cah, k.su, mai, nana, qilah) ) utk join ramai2..hehe..kalau ade kwn leh la buat kerja same2..aku n tirah decide nk pilih sbg rkn exco sukan sbb minat kami kearah sukan..kalau pk2 pum mcm exco sukan ni mcm x de la bz sgt..hehe..tp 'macam' je la..

Pada suatu hari, kami semua perlu dtg tuk intebiu dlm bilik MPP…seingat aku dari pg smpai mlm kitorang ade kelas, so mula2 kitorg decide da x nak pergi intebiu tersebut…tp takdir nak jgk kitrg jadi RE (rkn exco), kelas mlm dibatalkan sbb ape pom da x ingat da…pada malam tu la kitorang yg plg kalut kot nk pegi intebiu tu, masa decide nk pegi intebiu tu da pukul 10mlm da, bas pom da x de…kalut nak mncari transport sbb ktrg ramai..nasib la k.ijat dtg mlm tu kat akasia..so leh la pnjm kete dia..mlm tu tirah yg bwk kete n sampai da kul 10 lebih..sesi intebiu pum mcm da nak tamat..tp nsb baik ade jgk exco mpp tu kwn kitorang…kitorang berlima kene intebiu sekali sbb da lewat sgt da..hehe…


sesi interview beramai2..huhu


Kitorang selesai intebiu dlm pukul 11 lebih…semua telah selesai…huhu..selang beberapa hari kitorang dpt tahu yg ktrg terpilih sbb ramai x dtg intebiu pom…pada sebelah malam ada sesi suai kenal exco masing2…aku,tirah & qilah jd RE sukan dpt exco plg bez lg sempoi..hehe..shah joe & azly azqiel..huhu….nantikan memori ber'program' sbg RE..-bersambung-

Saturday, April 9, 2011

Final EXAM is aroud da Corner!!!!

   FINAL EXAM IS AROUND THE CORNER BUT I'M STILL RELAX...HUHUHU...





BEfoRE FINAL KENE BERJUANG TUK MUET DULU....WAWA...YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN HAMBA-MU INI...TIME NAK SPEAKIM GAK MESTI NERVOUS....PELIK SUMGUH LAH PADAHAL 2 MINIT JAH...HAIH....KALI NI AKU MOHOM LEPAS...DON`T WANT DAH AMBIK EXAM YG SAMA & X SE DAH DUK USIM...HUHUHU....


AKU DOAKAN GAK TUK ALL MY FRENZ LEPAS MUET KALI NI...INSYALLAH KITA SEMUA BOLEH DGN IZIN-NYA...:)
GUD LUX & ALL THE BEZ FOR MUET + FINAL EXAM!!!














Thursday, April 7, 2011

-kasih seorang insan mulia "IBU"-

Assalamualaikum,

Kasih seorang ibu!


Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin
itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang
jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.
Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup
wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada
dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak
sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat
bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti
sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun
mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup
mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga
itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu
bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya
kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang
pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si
anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-
kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada
penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari
penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata
si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok,
bagaimanapun
dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak
menjawat
jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma
telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma
itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda
ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping
telinga
ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke
telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia
tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang
pernah
ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."



Ps :

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta
sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi
pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa
minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan
bermasam
muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK
KAKI
IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,
curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'

Sumber : Forum cari

Monday, March 7, 2011

ToLonG bErItAhU si Dia..

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendirir30;.

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya…

Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya…

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnyar…

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya…

Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…

Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..


:.Saya post benda ni bukan sebab jiwang , tapi terasa indahnya pesanan2 ni( dicopy dari iluvislam)..untuk dikongsi dengan kawan2 buat renungan, semoga kita dapat manfaat bersama..Insyallah..:o).:


Wednesday, March 2, 2011

~Mimpi Rasulullah S.A.W~

Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya hanyalah mainan tidur. Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi. Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:

1) Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh
ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.

2) Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah diselamatkan oleh kesan wuduknya.

3) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah.

4) Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab maka segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut. 



5) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya, maka segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas.

6) Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku.

7) Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang.

8) Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu, katanya:
"Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya," lalu mereka pun berbicaralah dengannya.

9) Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.

10) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.

11) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.

12) Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.

13) Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang meninggal sewaktu kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.

14) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.

15) Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.

16) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.

17) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.

18) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya.

19) Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab:
"Mereka itulah orang-orang yang suka 'membawa mulut' ke sana ke mari."

20) Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: "Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu."





sources:.sources:.www.iluvislam.com..dihantar oleh nurkasihislam..editOrmawaryangtinggi

Friday, February 25, 2011

~SanTaPan rOHaNi~



Bismillahirrahmanirahim…
           
    Alhamdulillah dgn izin Allah S.W.T. dpt jgk meluangkan masa ke majlis ilmu kat DKP3 anjuran pelajar Fiqh Fatwa Tahun 2-program wacana revolusi Arab iaitu isu semasa apa yg berlaku di Mesir n negara arab masa kini yg mana disampaikan oleh 3 penceramah : ( Ust.Dr Zuhdi Marzuki (UM), Ust.Zainuddin (FSU) & Ust. Riduan Mohd Nor). Program ini adalah perasmi kehadiran aku dlm program/ceramah bg sem 6 ni, mane tidaknya sem ni jadual teramatlah padat,kelas pg smpai mlm…huhu..Sebelum ni, aku x akan terlepas tuk menghadiri ceramah/talk yg biasanya diadakan kat DKP melainkan ada perkara yang betul2 x dpt dielakkan. Selepas menghadiri majlis ini, maka terbuka la sket minda aku tentang isu2 semasa yang sdg melanda negara saudara2ku, sblm ini aku hanya tgk berita n juz bace kat paper berkaitan isu2 negara arab..hari2 berapa ramai saudara2ku terbunuh…kdg2 aku sengaja x bace berita luar negara coz x smpai hati nk tgk gmbr2 yg ngeri..hanya Allah yang tahu penderitaan mereka…selalu terdetik kat hati aku mcm mana lah kalau aku kt tmpt mereka..sggupkah aku mnjadi spt mereka…kdg2 ade sindirin dlm hatiku apakah usaha/bantuan aku utk mrk??..kalau sekadar rasa belas kasihan x cukup…mereka lg berani & semangat jihad mrk lg tggi jika nk dibandingkan dgn aku...( bagai langit dan bumi bezanya).



      Banyak gak la input yg aku dpt dari majlis ni…tp x smua la yg betul2 melekat dlm fikiran aku sbb smuanya pasal sejarah….mane yg pntg2 je melekat dlm fikiranku…tambahan pula masa yg amat singkat utk 3 penceramah menjelaskn/mnceritakan ttg sejarah n revolusi negara arab…panel pertama ialah Dr.Zuhdi yang mane byk menceritakan pasal jenis penguasaan2 dan sistem pemerintahan berdasarkan aristokrasi..aku agk kurang fhm sket pasal ni...terasa sgt diri ini amat jahil…L..tp realiti skang ni kita berhadapan dgn serangan pemikiran sekular pragmatis yg sgt ganas menerjah aqidah umat Islam... n usaha musuh Islam secara tersusun membidak catur dunia dgn tujuan meletakkan Islam dikndg org yg salah..manakala Hegemoni Amerika atau kuasa Unipolar ini sdg ghairah mmbidik sasaran,menumphkan darah umat Islam dgn cara yg keji,mengganggu sistem pengajian Islam n mewujudkan konflik mazhab sprti yg berlaku di Iraq...n kat negara2 umat Islam pula serangan pemikiran seperti Islam liberal, Pluralisme agama, hedonisme, budaya popular yg ekstrem sdg mmbarah...penyakit ni sdg memamah n membaham umat Islam sehingga melahirkan spesis manusia yg hilang kepedulian sosial, hilang jatidiri Muslim malah mnjadi alat musuh utk mghancurkan Islam..  Dr. ade bgtau dlm buku kalau x clap tjknya 100years karya "Frightman"(x tau ejaannya btul x)..mengatakan yang thn 2010-2020 adalah thn dikatakan Islam akan runtuh….selain itu, Hosni 'laisa' Mubarak sbnrnya lebih kaya dari Bill Gate yg mana hartanya bernilai 70 Billion n pemerintahannya kat Mesir dah 30 thn…anak muda memainkan peranan pntg dalam sesebuah negara krn mereka mmpunyai smgt yg kuat…."generasi muda pemangkin negara"..huhu…panel ke2 ialah ust. Zainudin…ape yg aku dpt ialah terdapat 4 buah negara yg mana jika dpt menguasai pemimpin 4 buah negara ini akan menguasai Islam spnuhnya iaitu Turki,Mesir,Pakistan dan Tanah Melayu (Indonesia+Malaysia)…panel terakhir ust.Riduan…memg best sgt tp masa yg agak singkat…baru je smgt nk dgr tp da kene berhnti sbb masa da lewat…ade satu part yg mmg betul2 menikam kalbu+rase mmg betul2 kene hentam iaitu citer pasal muslimat kat palestin…yang mana ust. kata kalau p palestin mcm x se balik doh sebb muslimat2nye ngn muka bersihnya…hafizah 30 juzuk dlm dada..kalau nk dbndingkan ngn muslimat kat Malaysia yg mane "hafizahnye" hanya surah 3 kul…haha..dush!! mmg kene betul2 ats muka…satu ag citer ust pasal semgt jihad yg tinggi dikalangan rakyat negara arab..iaitu dimana seorang kanak2 yg berumur 7thn kehilangan satu tgnnya kerana terkena serangn musuh tp kanak2 tersebut mengatakan yg tgnnya dah berada kat syurga…badan dia je ade kat bumi…Subhanallah!!...semangat jihad mereka dr kecik sudah pum tinggi..kalau kat Malaysia yg berumur 30 thn pum belum tentu dpt memberi jwpn seperti kanak2 palestin td…malah rakyat kita terlalu leka dgn nikmat keharmonian+kesejahteraan yg dikurniakan oleh Yang Maha Pencipta..ramai yang sombong..n x bersyukur diatas kurniaanNya..x de jln pintas utk mengembalikan kecemerlangan Islam melainkan umat Islam mengmbalikan semula khilafah yg hilang,yg akn menaungi kmbali maruah umat Islam, memayungi semula umat Islam yg kehilangan bapa smnjk runtuhnya Khilafah Uthmaniah Turki pd thn 1924...semngt jihad perlu dikobarkan kmbali mghiasi dada pemuda2 Islam n umat Islam perlu diyakini bahawa masa dpn adalah milik ISLAM.. byk lg input sbnrnya tp x berapa pndai nk olah tkt nnti tersalah tafsir plop coz aku x berapa arif sgt bab ni…kene byk mmbaca ag n buat revision sket...hehe…

   Selepas hbs program td, smpat lg aku 'menyambar' 1 buku (Peperangan Rasulullah S.A.W) utk santapan mindaku..hehe…J..harap2 nnti dpt menaikkan aku punya semngat tuk terus mmbaca sejarah2 Islam…huhu..aku jenis lebih suka mendengar dr membaca..huhu..sejak kecil smpai sekarang mmg susah nau nk mmbaca!!…kdg2 tgk cover da ngntuk..haha..maybe aku x dipupuk dr kecik kot coz mase aku kecik2 abah selalu bercerita ttg kisah2 nabi, sahabat dan sejarah2 islam serta citer abu nawas…jrg sekali aku dibelikan buku utk dibaca..hehe..koleksi buku2 peribadi aku pum bleh dikira sbb sikit sgt…huhu..malunya kat diri-sendiri..hehehe..tp dgn cerita2 yg aku dgr dr abah aku selalu dpt high score dlm subjek agama mase skolah rndah n mmbntu aku dlm ujian tuk masuk ke MMP..hehehe..sampai sekarang msh terngiang2….(rindunya kat abah n rase mcm nk pusing balik zmn kecik2)..huhuhu…rase mcm nk pnjm je jam masa lampau ngn doraemon…huhu..


*utamakan ape yg perlu diutamakan...betulkan niat + ikhlaskan hati dlm mencari ilmu...Semoga KITA smua sentiasa dibwh rahmatNYA...biasa2kn lidah dgn senandung pujian terhadap Yang Maha Kuasa..: )..Tahniah kpd pihak penganjur program ini..*

Thursday, February 17, 2011

~LUASNYA NERAKA!!! ~


 
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
 
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
 
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
 
 

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada
 
Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
 
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
 
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
 
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
 
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
 
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
 
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
 
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
 
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
 
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
 
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
 
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
 
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
 
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
 
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat .
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.